Mayat wanita tanpa pakaian ditemui terapung dalam sungai

SUNGAI PETANI - Satu mayat wanita tanpa pakaian ditemukan terapung dalam sungai berdekatan Pekan Lama di sini dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang Khamis.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, mayat ditemukan dalam keadaan terlentang, disedari orang awam yang melalui kawasan berkenaan.
"Setakat ini, identiti tidak dikenali, bangsa juga tidak boleh dikenal pasti jadi minta masyarakat kalau ada kehilangan ahli keluarga, datang membuat laporan polis," katanya kepada media ketika ditemui di lokasi kejadian.

Jelasnya, pengesahan warga negara mahupun kesan kecederaan sekiranya dialami juga sukar untuk dipastikan memandangkan keadaan mayat yang sudah mereput.

"Kita akan tengok juga daerah Kuala Muda dan juga daerah-daerah berdekatan jika ada laporan orang hilang yang menyamai deskripsi inilah, seorang wanita lingkungan umur 30-an ke atas," katanya.

Jelasnya, operasi mengeluarkan mangsa turut dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Mayat dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim di sini untuk proses bedah siasat.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

