Satu daripada empat isi rumah berdepan tekanan ekonomi memuncak

Muhammed ketika pelancaran Laporan Dapatan Utama Ranjau Sepanjang Jalan oleh UNICEF Malaysia di Wisma E&C pada Rabu.
Muhammed ketika pelancaran Laporan Dapatan Utama Ranjau Sepanjang Jalan oleh UNICEF Malaysia di Wisma E&C pada Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Satu daripada empat isi rumah di negara ini dilaporkan berdepan dengan tekanan emosi yang memuncak akibat kenaikan kos sara hidup selepas pandemik Covid-19.

Pakar Ekonomi dan juga Felo Penyelidik di Felo Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (Ikmas) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Muhammed Abdul Khalid berkata, menerusi Laporan Dapatan Utama Ranjau Sepanjang Jalan oleh Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) Malaysia, tiga daripada empat isi rumah menyatakan isu kos sara hidup negara sangat menjejaskan kesihatan mental mereka.

“Isi rumah yang diketuai wanita yang paling terjejas, sekali gus menunjukkan betapa semakin rentannya ekonomi mereka.

“Kadar kemurungan juga semakin teruk. Jumlah isi rumah yang mengalami kemurungan meningkat daripada 21 peratus pada September 2020 kepada 28 peratus pada Oktober 2023.

“Trend ini konsisten dalam isi rumah diketuai wanita, dengan kadarnya berlegar pada sekitar 28 peratus ke 29 peratus dalam tempoh ini, walaupun ada peningkatan yang ketara dari 22 peratus pada Mac 2021,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika pelancaran Laporan Dapatan Utama Ranjau Sepanjang Jalan oleh UNICEF Malaysia di ibu negara pada Rabu.

Turut hadir, Ketua Dasar Sosial UNICEF ​​Malaysia, Dr Juanita Vasquez Escallon; Timbalan Ketua Penyelidik DM Analytics, Dr Zouhair Rosli dan penyelidik kanan DM Analytics, Maryam Halim.

Sementara itu, ulas Muhammed, satu daripada tiga isi rumah menjangkakan kedudukan kewangan mereka akan semakin merosot, berbanding satu daripada empat isi rumah pada 2021.

Artikel Berkaitan:

“Sebaliknya, 24 peratus optimis kedudukan kewangan mereka akan bertambah baik, sementara 31 peratus tidak pasti tentang masa depan,” ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!