Kerajaan sudah bincang tubuh RCI siasat Azam, mafia korporat SPRM - PM

KAJANG – Kerajaan telah mengadakan perbincangan mengenai penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, melibatkan pemilikan saham.
Mengesahkan perkara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan mengeluarkan kenyataan mengenainya dalam masa terdekat.
“Kita dah bincang (dalam mesyuarat Kabinet) tadi, elok. Nanti ada kenyataan (akan dikeluarkan),” katanya ringkas ketika ditemui di Masjid Jamek Bandar Kajang pada Jumaat.
Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dilaporkan akan mencadangkan dalam mesyuarat Kabinet supaya RCI ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan kewujudan ‘mafia korporat’ serta isu pemilikan saham.
Selain itu, penasihat DAP, Lim Guan Eng turut mengumumkan parti itu bakal mengadakan kongres khas pada 12 Julai depan bagi membolehkan perwakilan memutuskan sama ada pemimpin mereka harus melepaskan jawatan kerajaan atau tidak.
Namun, beliau berkata kongres khas itu mungkin diawalkan sekiranya mesyuarat Kabinet menolak cadangan untuk menubuhkan RCI bagi menyiasat dakwaan bahawa SPRM bersekongkol dengan ‘mafia korporat’.
Terdahulu, kerajaan mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Khas Siasatan berkaitan isu pemilikan saham oleh Azam yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar.
Ringkasan AI
- Kerajaan telah mengadakan perbincangan tentang penubuhan RCI untuk menyiasat Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkaitan pemilikan saham
- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan perkara itu dan berkata kenyataan akan dikeluarkan dalam masa terdekat
- Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dilaporkan akan mencadangkan penubuhan RCI dalam mesyuarat Kabinet
- Penasihat DAP, Lim Guan Eng mengumumkan parti itu akan mengadakan kongres khas pada 12 Julai untuk memutuskan posisi pemimpin mereka dalam kerajaan
- Sebelum ini, kerajaan telah mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Khas Siasatan yang dipengerusikan oleh Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkaitan isu ini
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

