Penduduk Bangladesh solat mohon hujan

Penduduk Bangladesh menunaikan solat memohon hujan di Dhaka ketika negara dilanda gelombang panas melampau. Foto AFP
Penduduk Bangladesh menunaikan solat memohon hujan di Dhaka ketika negara dilanda gelombang panas melampau. Foto AFP
A
A
A

DHAKA - Ribuan penduduk Bangladesh berkumpul untuk menunaikan solat memohon hujan ketika gelombang panas melampau mendorong pihak sekolah menutup sekolah di seluruh negara.

Penyelidikan saintifik mendapati perubahan iklim telah menjadi punca gelombang haba berlangsung lebih lama, kerap dan sangat terik.

Biro Cuaca Bangladesh mengatakan bahawa purata suhu maksimum di ibu kota Dhaka sepanjang minggu lalu adalah 4 hingga 5 darjah Celsius lebih tinggi daripada purata dalam tempoh 30 tahun.

Ribuan jemaah berkumpul di masjid-masjid di bandar besar dan padang di luar bandar untuk menunaikan solat memohon hujan ketika suhu panas dijangka berterusan sehingga seminggu lagi.

"Bersolat menunaikan hujan adalah sunnah Nabi Muhammad. Kami bertaubat atas dosa-dosa dan bersembahyang untuk memohon rahmat agar hujan membasahi negara kami.

"Kehidupan menjadi semakin teruk akibat kekurangan hujan dan orang miskin semakin menderita," kata Muhammad Abu Yusuf, seorang ulama Islam yang mengetuai solat yang dihadiri 1,000 orang di Dhaka.

Polis berkata, solat memohon hujan turut dilakukan di beberapa bandar lain di Bangladesh.

Sebelum ini, parti Islam terbesar di negara itu, Jamaat-e-Islami, mengeluarkan kenyataan menyeru ahlinya menunaikan solat yang dirancang pada Rabu dan Khamis.

Artikel Berkaitan:

Pada minggu lalu, suhu di seluruh Bangladesh telah mencecah lebih daripada 42 darjah Celsius. - AFP

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!