Enam planet 'berbaris' di langit pada 28 Februari ini

Enam planet iaitu Utarid, Zuhrah, Neptun, Zuhal, Uranus dan Musytari bakal berada sejajar pada 28 Februari.
Enam planet iaitu Utarid, Zuhrah, Neptun, Zuhal, Uranus dan Musytari bakal berada sejajar pada 28 Februari.
A
A
A

FENOMENA cakerawala menakjubkan akan berlaku sekali lagi pada akhir bulan ini.

Enam planet iaitu Utarid, Zuhrah, Neptun, Zuhal, Uranus dan Musytari bakal berada sejajar atau digelar sebagai 'planet parade' pada 28 Februari ini.

Sebelum ini, 'penjajaran planet' melibatkan Marikh, Musytari, Uranus, Neptun, Zuhrah dan Zuhal juga pernah berlaku pada awal 2025.

Namun, hanya empat daripadanya yang kelihatan.

"Pada kali ini, kita akan melihat fenomena jarang berlaku itu sejurus matahari terbenam," kata Alyssa Lee menerusi blog Watch the Skies di bawah Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA).

Difahamkan, empat daripadanya yang berada pada jarak dekat dengan matahari dijangka dapat disaksikan dalam tempoh singkat jika cuaca berada dalam keadaan baik.

Zuhrah dan Utarid paling dekat dengan ufuk semasa senja diikuti oleh Zuhal dan Neptun dengan Uranus serta Musytari berada jauh lebih tinggi di langit.

Untuk menyaksikan lebih daripada tiga planet pada ketika itu mungkin akan menjadi satu cabaran. - Agensi

 

Artikel Berkaitan:

 

Ringkasan AI

  • FENOMENA cakerawala menakjubkan akan berlaku sekali lagi pada akhir bulan ini
  • Enam planet iaitu Utarid, Zuhrah, Neptun, Zuhal, Uranus dan Musytari bakal berada sejajar pada 28 Februari ini
  • Sebelum ini, 'penjajaran planet' juga pernah berlaku pada awal 2025 tetapi hanya empat yang kelihatan
  • Kali ini, fenomena dapat dilihat sejurus matahari terbenam jika cuaca baik
  • Zuhrah dan Utarid paling dekat dengan ufuk semasa senja, diikuti oleh Zuhal dan Neptun dengan Uranus serta Musytari berada lebih tinggi di langit

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!