Dua maut, 13 cedera dalam insiden bangunan runtuh di India

NEW DELHI - Sekurang-kurangnya dua maut manakala 13 lagi cedera dalam insiden bangunan runtuh di Kota, di negeri Rajasthan, barat India pada Sabtu, menurut seorang pegawai kerajaan pada Ahad, lapor Xinhua.
Ketika memberi taklimat media mengenai kejadian itu, Pesuruhjaya Bahagian Kota, Anil Agrawal berkata dua mayat telah dikeluarkan dari lokasi kejadian, sambil menambah usaha sedang dijalankan bagi mengenal pasti identiti mangsa yang terkorban.
Daripada jumlah mangsa yang cedera, dua orang dilaporkan mengalami kecederaan parah.
"Semua mangsa yang cedera telah dimasukkan ke hospital tempatan,” katanya.
Menurut media tempatan, bangunan berkenaan menempatkan sebuah kedai makan di tingkat bawah.
Punca kejadian masih belum dikenal pasti manakala operasi menyelamat masih diteruskan. - Bernama
Ringkasan AI
- Dua maut dan 13 lagi cedera dalam insiden bangunan runtuh di Kota, Rajasthan
- Mayat dikeluarkan dan usaha identifikasi mangsa sedang dijalankan
- Dua dari mangsa cedera mengalami kecederaan parah
- Semua mangsa cedera telah dimasukkan ke hospital tempatan
- Punca kejadian masih belum dikenal pasti, operasi menyelamat diteruskan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
