JPJ Perak keluarkan 11,507 notis saman

Mohammad Yusoff dalam sidang akhbar pada Ahad.
Mohammad Yusoff dalam sidang akhbar pada Ahad.
A
A
A

IPOH - Jumlah saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak meningkat lebih 100 peratus sepanjang 20 hari Operasi Hari Raya Aidilfitri 2024 bermula 1 April lalu.

Pengarah JPJ Perak, Mohammad Yusoff Abustan berkata, sehingga hari terakhir semalam, sebanyak 11,507 notis saman direkodkan berbanding 4,925 dalam operasi sama tahun lalu.

Menurutnya, saman dikeluarkan hasil pemeriksaan ke atas 60,364 kenderaan seluruh negeri dengan kesalahan tertinggi melibatkan tiada lesen memandu dan kenderaan tiada perlindungan insurans.

Mohammad Yusoff (kiri) meninjau pemeriksaan kenderaan yang dilakukan sempena Op Khas Hari Raya Aidilfitri 2024 di Ipoh pada Ahad.
Mohammad Yusoff (kiri) meninjau pemeriksaan kenderaan yang dilakukan sempena Op Khas Hari Raya Aidilfitri 2024 di Ipoh pada Ahad.

"Tahun ini juga merekodkan 4,713 kenderaan sebahagian besarnya motosikal telah diambil tindakan dengan 400 daripadanya dikenakan sitaan.

"Data ini jauh lebih tinggi berbanding operasi tahun lalu yang mana hanya 99 kenderaan disita," katanya dalam sidang akhbar selepas Op Khas Hari Raya Aidilfitri 2024 di sini pada Ahad.

Beliau berkata, operasi berkenaan turut berjaya mengesan 121 kenderaan digunakan pemandu warga asing dan daripada jumlah itu, 45 telah telah disita atas kesalahan tiada Lesen Memandu Kompeten (CDL).

Artikel Berkaitan:

Mohammad Yusoff (dua dari kiri) memeriksa motosikal yang disita untuk pemeriksaan.
Mohammad Yusoff (dua dari kiri) memeriksa motosikal yang disita untuk pemeriksaan.

Katanya, bagi operasi bas pula, JPJ negeri telah menjalankan pemeriksaan ke atas 637 bas di depoh dan terminal bersekali dengan ujian saringan terhadap pengendali kenderaan.

"Dalam pemeriksaan ini, seorang pemandu bas berusia 38 tahun ditahan selepas saringan awal mendapati positif dadah jenis methamphetamine.

"Kesalahan ini amat serius kerana apabila seseorang pemandu bas itu berada di bawah pengaruh dadah, bukan sahaja mengancam nyawa penumpang, tetapi turut mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya lain," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!