JPJ Kelantan keluarkan 6,699 notis temusiasat hasil pemantauan dron

Mohd Misuari (dua dari kanan) memakaikan topi keledar baharu kepada pengguna jalan raya terpilih semasa Operasi Penguatkuasaan Perayaan HRA 2024 di Akademi Pengangkutan Jalan Wilayah Timur di Kota Bharu pada Khamis.

A
A
A

KOTA BHARU - Sebanyak 6,699 notis temusiasat dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan kepada pengguna jalan raya yang dikesan melanggar peraturan menerusi pemantauan dron.

Notis itu dikeluarkan bermula 1 April hingga Rabu menerusi Ops Khas Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2024 di seluruh negeri.

Pengarahnya, Mohd Misuari Abdullah berkata, kesemua individu yang melakukan kesalahan itu diberikan notis tersebut mengikut Seksyen 114 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Antara kesalahan yang dilakukan ialah memotong di garisan berkembar, memandu di lorong kecemasan, tidak mematuhi isyarat lalu lintas lampu merah dan memotong barisan.

Sebahagian daripada penunggang motosikal yang diperiksa semasa Operasi Penguatkuasaan Perayaan HRA 2024 di Akademi Pengangkutan Jalan Wilayah Timur di Kota Bharu pada Khamis.
Sebahagian daripada penunggang motosikal yang diperiksa semasa Operasi Penguatkuasaan Perayaan HRA 2024 di Akademi Pengangkutan Jalan Wilayah Timur di Kota Bharu pada Khamis.

"Kita beri tempoh selama 14 hari kepada individu yang melakukan kesalahan ini untuk tampil ke pejabat JPJ," katanya semasa sidang media Penutup Operasi Penguatkuasaan Perayaan HRA 2024 di Akademi Pengangkutan Jalan Wilayah Timur di sini pada Khamis.

Menurut beliau, jika ingkar mereka akan diberikan notis saman.

Ujarnya, selain itu sepanjang tempoh tersebut 10,318 notis telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

Artikel Berkaitan:

Mohd Misuari memberitahu, daripada jumlah tersebut Notis Saman JPJ (P) 22 merekodkan kesalahan paling tinggi iaitu 9,122, diikuti notis sita Seksyen 64 (1) sebanyak 412 kes dan notis larangan penggunaan kenderaan (404).

Mohd Misuari (dua dari kiri) memeriksa kenderaan pengguna jalan raya Operasi Penguatkuasaan Perayaan HRA 2024 di Akademi Pengangkutan Jalan Wilayah Timur di Kota Bharu pada Khamis.
Mohd Misuari (dua dari kiri) memeriksa kenderaan pengguna jalan raya Operasi Penguatkuasaan Perayaan HRA 2024 di Akademi Pengangkutan Jalan Wilayah Timur di Kota Bharu pada Khamis.

"Selain itu, notis arahan periksa Seksyen 61 (1) sebanyak 233 kes, notis temusiasat (134), notis arahan timbang Seksyen 63 (1) iaitu lapan kes dan permintaan butir-butir pemandu Seksyen 23 (5).

"Kita akan meneruskan lagi operasi dalam memastikan pengguna mematuhi arahan dan undang-undang jalan raya sekali gus mencapai matlamat mengurangkan kadar kemalangan 50 peratus menjelang 2030," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!