[KRONOLOGI] Kes tembak di KLIA

Seorang lelaki bertindak nekad melepaskan tembakan kepada isterinya sebelum terkena individu lain dalam kejadian di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada Ahad.
Seorang lelaki bertindak nekad melepaskan tembakan kepada isterinya sebelum terkena individu lain dalam kejadian di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada Ahad.
A
A
A

[KRONOLOGI]

Berikut adalah kronologi kes seorang lelaki yang bertindak nekad melepaskan tembakan kepada isterinya sebelum terkena individu lain dalam kejadian di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini jam 1.15 pagi pada Ahad.

[14 APRIL 2024] - Seorang lelaki bertindak nekad melepaskan tembakan kepada isterinya sebelum terkena individu lain dalam kejadian di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada Ahad. Suspek kemudian dipercayai melarikan diri ke utara.

[BACA ARTIKEL PENUH]: Lelaki lepas tembakan, cuba bunuh isteri di KLIA

[BACA ARTIKEL PENUH]:Tembakan di KLIA: Suspek dipercayai lari ke utara

Tembakan di KLIA: Beri ruang polis siasat, jangan timbulkan spekulasi

Polis mengingatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan berkaitan insiden tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Ahad.

Artikel Berkaitan:

PDRM mengetatkan lagi kawalan keselamatan di KLIA berikutan kes tembakan di Balai KetibaanTerminal I awal pagi tadi. Foto Bernama
PDRM mengetatkan lagi kawalan keselamatan di KLIA berikutan kes tembakan di Balai KetibaanTerminal I awal pagi tadi. Foto Bernama

[BACA ARTIKEL PENUH]:Tembakan di KLIA: Beri ruang polis siasat, jangan timbulkan spekulasi

Nampak dua kelongsong peluru di lantai - Saksi

Saksi berada di tempat kejadian maklumkan terdengar bunyi letupan yang kuat disusuli dengan orang ramai bergegas keluar dari pintu ketibaan KLIA. Saksi dakwa nampak dua kelongsong peluru di lantai, namun tidak dibenarkan ambil gambar oleh pegawai yang bertugas.

[BACA ARTIKEL PENUH]: Nampak dua kelongsong peluru di lantai - Saksi

Tembakan di KLIA: 'Saudara Hafizul... serah diri dengan aman'

Semua kontinjen negeri digerakkan untuk mengesan suspek kes tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada Ahad.

Suspek yang bertindak melepaskan tembakan ke arah isterinya sebelum terkena pengawal peribadi dalam kejadian di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, pada Ahad disahkan memiliki rekod jenayah lampau.


Suspek yang disyaki melepaskan tembakan di Balai Ketibaan KLIA pada hujung minggu ditahan reman selama tujuh hari.
Suspek yang disyaki melepaskan tembakan di Balai Ketibaan KLIA pada hujung minggu ditahan reman selama tujuh hari.

[BACA ARTIKEL PENUH]: Tembakan di KLIA: 'Saudara Hafizul... serah diri dengan aman'

[BACA ARTIKEL PENUH]: Tembakan di KLIA: Suspek ada tiga rekod jenayah lampau

Tembakan di KLIA: 'Suami kritikal, perlu ditidurkan'

Isteri kepada pengawal peribadi yang parah ditembak terkejut dan tidak sangka insiden berlaku pada bulan Syawal.

[BACA ARTIKEL PENUH]: Tembakan di KLIA: 'Suami kritikal, perlu ditidurkan'

Tembakan di KLIA: Suspek miliki senjata api secara haram

Polis mengenal pasti lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, pada Ahad, memiliki senjata api secara haram.

Suspek disyaki menggunakan pistol semi automatik kaliber 9mm.

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, pada Ahad, disyaki menggunakan pistol semi automatik kaliber 9mm.
Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, pada Ahad, disyaki menggunakan pistol semi automatik kaliber 9mm.

[BACA ARTIKEL PENUH]: Tembakan di KLIA: Suspek miliki senjata api secara haram

[BACA ARTIKEL PENUH]:Tembakan di KLIA: Suspek disyaki guna pistol semi automatik

Tembakan di KLIA: Polis Perlis laksana SJR, elak suspek lolos

Kawalan sempadan melibatkan Malaysia-Thailand khususnya di Perlis dipertingkatkan bagi mengelakkan suspek insiden tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melarikan diri ke negara jiran.

[BACA ARTIKEL PENUH]:Tembakan di KLIA: Polis Perlis laksana SJR, elak suspek lolos

[BACA ARTIKEL PENUH]: Kes tembak di KLIA: Polis tingkat kawalan di sempadan

Tembakan di KLIA: 'Along' sepatutnya tidak bertugas

Rakan kepada pengawal peribadi yang parah akibat kejadian tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 awal pagi tadi berkata, mengikut jadual asal pengawal peribadi yang mesra disapa ramai dengan panggilan ‘Along’ itu tidak seharusnya bekerja pada Sabtu.

[BACA ARTIKEL PENUH]: Tembakan di KLIA: 'Along' sepatutnya tidak bertugas

Tembakan di KLIA: Foto suspek diedar ke pintu masuk negara

Polis mengedarkan foto suspek yang terlibat dalam kejadian tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 awal pagi tadi ke semua pintu masuk negara di utara tanah air dan pihak berkuasa negara jiran.

[BACA ARTIKEL PENUH]:Tembakan di KLIA: Foto suspek diedar ke pintu masuk negara

[15 APRIL 2024]

Farah Cie trauma, pengawal peribadi masih tak sedarkan diri

Ahli perniagaan, Farah Cie mengakui masih trauma ekoran kejadian tembak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Ahad.

Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau turut berkongsi keadaan terkini pengawal peribadinya yang masih tidak sedarkan diri.

[BACA ARTIKEL PENUH]: Farah Cie trauma, pengawal peribadi masih tak sedarkan diri

Kes tembak di KLIA: Polis rekod keterangan 11 saksi

Polis merekodkan 11 keterangan individu untuk siasatan kes lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan KLIA.

Polis memaklumkan, tindakan utama dengan menyelamatkan orang awam terlebih dahulu adalah kaedah terbaik berbanding bertindak segera terhadap suspek kes tembak di Balai Ketibaan KLIA

[BACA ARTIKEL PENUH]:Kes tembak di KLIA: Polis rekod keterangan 11 saksi

[BACA ARTIKEL PENUH]:'Selamatkan orang awam prioriti utama' - Ketua Polis Selangor

'KLIA dicadang pertingkat aspek keselamatan, kawalan ketat' - Polis

Isu keselamatan dan kawalan ketat merupakan aspek dicadangkan kepada pihak KLIA bagi pertingkat pemantauan di pintu masuk utama negara itu.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan tahap keselamatan terkawal di semua pintu masuk negara susulan kejadian tembakan di KLIA Terminal 1, awal pagi Ahad.


Tangkap layar video dikongsikan orang ramai suasana ketika kejadian di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 1 pada Ahad.
Tangkap layar video dikongsikan orang ramai suasana ketika kejadian di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 1 pada Ahad.

[BACA ARTIKEL PENUH]:'KLIA dicadang pertingkat aspek keselamatan, kawalan ketat' - Polis

[BACA ARTIKEL PENUH]:KDN beri jaminan keselamatan di semua pintu masuk negara

Suspek tembak di KLIA berjaya diberkas

Selepas melarikan diri lebih daripada 24 jam, akhirnya suspek lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan KLIA, Sepang berjaya diberkas polis, pada Isnin.

Suspek ditahan bersama pistol di hadapan sebuah hospital swasta di Jalan Bayam di sini pada Isnin.

[BACA ARTIKEL PENUH]:Suspek tembak di KLIA berjaya diberkas

[BACA ARTIKEL PENUH]:Suspek tembak di KLIA ditahan bersama pistol

[16 APRIL 2024]

Mahkamah Majistret Kota Bharu di sini pada Rabu membenarkan suspek yang disyaki melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada hujung minggu lalu ditahan reman selama tujuh hari.

Suspek maklumkan perlu tujuh peguam untuk mewakilinya

[BACA ARTIKEL PENUH]:Suspek kes tembak di KLIA direman tujuh hari

[BACA ARTIKEL PENUH]:'Saya perlukan tujuh peguam mewakili saya' - Suspek kes tembak di KLIA

Suspek kes tembak di KLIA dipercayai cuba lari ke Makkah melalui Thailand

Polis tidak menolak kemungkinan suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 disyaki mahu melarikan diri ke Makkah melalui Thailand.

[BACA ARTIKEL PENUH]:Suspek kes tembak di KLIA dipercayai cuba lari ke Makkah melalui Thailand

Suspek kes tembak di KLIA dibawa pulang ke Selangor

Suspek yang melepaskan tembakan di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, dibawa pulang ke Selangor.

Dia ditahan selepas 36 jam melarikan diri daripada polis semasa mengambil laporan kesihatan di Hospital Pakar Perdana, Kelantan.

Suspek kes tembak di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, dibawa ke Selangor untuk siasatan lanjut di negeri itu, pada Selasa.

Suspek yang berpakaian lokap warna ungu itu tiba dengan menaiki pesawat ringan milik polis jenis King Air B300 di Pangkalan Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia, di sini kira-kira jam 2.15 petang.

[BACA ARTIKEL PENUH]:Suspek kes tembak di KLIA dibawa pulang ke Selangor.

[BACA ARTIKEL PENUH]:Kes tembak di KLIA: Suspek ditahan masa ambil laporan kesihatan

[BACA ARTIKEL PENUH]:Suspek kes tembak KLIA tiba di Selangor menaiki pesawat PDRM

Suspek kes tembak di KLIA miliki empat kad pengenalan individu lain

Suspek yang melepaskan tembakan di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada Ahad mempunyai empat kad pengenalan milik individu lain bersamanya semasa ditahan polis.

Polis mengesahkan kes tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada Ahad bermotifkan hal peribadi di antara suspek dan mangsa.

[BACA ARTIKEL PENUH]:Suspek kes tembak di KLIA miliki empat kad pengenalan individu lain

[BACA ARTIKEL PENUH]:Kes tembakan di KLIA bermotif hal peribadi

Tembakan di KLIA: Pengawal peribadi jalani pembedahan

Pengawal peribadi yang ditembak dalam kejadian di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Muhammad Nur Hadith Zaini, 37, telah dibawa ke bilik bedah Hospital Cyberjaya bagi menjalani proses pembedahan pada jam 11.30 pagi Selasa.

[BACA ARTIKEL PENUH]:Tembakan di KLIA: Pengawal peribadi jalani pembedahan

[BACA ARTIKEL PENUH]:Tembakan di KLIA: Pengawal peribadi stabil selepas 5 jam dibedah