Suspek kes tembak di KLIA dibawa pulang ke Selangor hari ini

Suspek kes tembak di KLIA Terminal 1 dibawa ke Mahkamah Majistret 3 Kota Bharu pada Selasa bagi prosiding permohonan reman. - Foto Bernama
Suspek kes tembak di KLIA Terminal 1 dibawa ke Mahkamah Majistret 3 Kota Bharu pada Selasa bagi prosiding permohonan reman. - Foto Bernama
A
A
A

KOTA BHARU - Suspek yang melepaskan tembakan di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, akan dibawa pulang ke Selangor pada Selasa.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, tindakan itu bagi membolehkan siasatan lanjut berkait kes tersebut dilakukan secara lebih terperinci.

"Selain itu, kita juga akan memanggil semua saksi-saksi yang terlibat bagi melengkapkan lagi siasatan," katanya semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini pada Selasa.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: