Tembakan di KLIA: Suspek disyaki guna pistol semi automatik

Razarudin
Razarudin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, pada Ahad, disyaki menggunakan pistol semi automatik kaliber 9mm.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, senjata api itu disyaki diperoleh dari negara jiran.

"Pemeriksaan di lokasi kejadian menemukan tiga kelongsong peluru dengan satu daripadanya tidak meletup.

“Suspek memiliki senjata itu secara haram dan dipercayai diperoleh dari negara jiran, namun siasatan lanjut masih dijalankan polis," katanya pada Ahad.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, dalam kejadian kira-kira jam 1.20 pagi, suspek berusia 38 tahun telah melarikan selepas melepaskan dua das tembakan dengan menyasarkan terhadap isterinya yang sedang menunggu ketibaan jemaah umrah.

Bagaimanapun, tembakan dari jarak dekat itu telah mengenai pengawal peribadi wanita itu dan keadaannya kini dilaporkan parah.

Berikutan itu, Razarudin berkata, polis percaya suspek masih berada di dalam negara dan usaha mengesannya masih giat dijalankan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: