Pesara universiti rugi lebih RM1 juta terpedaya pelaburan tidak wujud

Seorang pesara universiti awam di sini mengalami kerugian RM1,065,000 gara-gara tergoda dengan keuntungan yang dijanjikan membabitkan satu pelaburan dalam talian. Gambar hiasan 123rf
Seorang pesara universiti awam di sini mengalami kerugian RM1,065,000 gara-gara tergoda dengan keuntungan yang dijanjikan membabitkan satu pelaburan dalam talian. Gambar hiasan 123rf
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang pesara universiti awam di sini mengalami kerugian RM1,065,000 gara-gara tergoda dengan keuntungan yang dijanjikan membabitkan satu pelaburan dalam talian.

Menurut Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar, pihaknya menerima laporan daripada lelaki berusia 61 tahun itu pada 22 Mac lalu yang menjadi mangsa pelaburan tidak wujud berkenaan.

"Dalam laporannya, lelaki itu mengatakan telah terlihat iklan berkaitan pelaburan di laman sosial Facebook dan telah berhubung dengan seorang individu melalui aplikasi WhatsApp sebelum diberikan penerangan mengenai pelaburan saham Dagangan Spot Gold Futures XAUUSD melalui platform NAVIK CAPITAL.

"Dalam penerangan yang diberikan, lelaki itu dijanjikan pulangan antara lima hingga lapan peratus daripada jumlah modal pelaburan dalam tempoh sehari dan pada setiap kali transaksi pelaburan.

"Tertarik dengan keuntungan yang dijanjikan lelaki itu telah mengikut arahan individu tersebut dengan membuat pembayaran ke beberapa akaun bank berjumlah RM1, 065,000," katanya.

Tambah Kumar, lelaki tersebut kemudiannya menyaksikan pelaburannya telah menjana keuntungan sebagaimana dipaparkan dalam aplikasi pelaburan tersebut.

Bagaimanapun, wang keuntungan tersebut gagal dikeluarkan atas pelbagai alasan.

"Kerana mengesyaki sesuatu, lelaki berkenaan telah membuat semakan dan mendapati nombor telefon yang digunakan mempunyai rekod dan rasa telah ditipu sebelum membuat laporan polis.

Artikel Berkaitan:

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28