Tiga remaja bawah umur direman baling mercun dalam rumah warga emas

SEREMBAN - Tiga lelaki yang videonya tular kerana membaling mercun ke dalam rumah seorang warga emas di Taman Senawang Jaya di sini pada Sabtu lalu telah ditahan polis.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata, kesemua suspek berusia 14 hingga 16 tahun itu ditahan di sekitar daerah ini pada malam Isnin.
Menurutnya, mereka telah direman selama empat hari selepas permohonan dibuat di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa.
“Mereka direman bermula hari ini hingga 20 Februari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 iaitu kesalahan memiliki atau membakar mercun tanpa kebenaran,” katanya.
Sebelum ini, media melaporkan laporan berkaitan kes baling mercun terbabit diterima polis pada jam 1.45 petang pada Isnin, manakala kejadian berlaku kira-kira jam 8.12 malam pada Sabtu lalu.
Ringkasan AI
- Tiga lelaki yang videonya tular kerana membaling mercun ke dalam rumah warga emas telah ditahan polis
- Suspek berusia 14 hingga 16 tahun
- Ditahan di sekitar daerah Seremban pada malam Isnin
- Direman selama empat hari untuk siasatan
- Disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

