Majlis khatam al-Quran pertama kali diadakan di Kumpulan Karangkraf

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 19 buat julung kalinya menganjurkan majlis khatam al-Quran di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Rabu. - FOTO: SINAR HARIAN/ASRIL ASWANDI SHUKOR
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 19 buat julung kalinya menganjurkan majlis khatam al-Quran di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Rabu. - FOTO: SINAR HARIAN/ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A
A

SHAH ALAM - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 19 buat julung kalinya menganjurkan majlis khatam al-Quran di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Rabu.

Penasihat Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, pihaknya membenarkan mana-mana pihak sekolah menggunakan semua kemudahan yang disediakan, namun majlis tersebut pertama kali diadakan.

“Kami dah biasa membenarkan sekolah-sekolah menggunakan dewan ini.

“Rasanya ini pertama kali ia digunakan untuk majlis khatam al-Quran,” katanya ketika program Majlis Khatam al-Quran dan Iftar Bersama SMK Seksyen 19, di Auditorium Kumpulan Karangkraf dekat sini.

Hussamuddin Yaacub.
Hussamuddin Yaacub.

Hussamuddin mencadangkan pihak sekolah berkenaan mengadakan program majlis khatam yang memahami al-Quran pada tahun hadapan.

Tambah Hussamuddin, visi sebagai umat Islam bukan sahaja untuk menjadi pemimpin yang hebat, namun perlu melahirkan mereka yang akan masuk ke syurga.

“Kita kena ada ilmu al-Quran, bukan setakat baca tetapi kena faham dan amalkan.

Artikel Berkaitan:

“Khatam sahaja tanpa pemahaman seolah-olah kita gunakan telefon bimbit. Sebagai contoh, banyak kemudahan yang boleh digunakan tetapi kita tidak memanfaatkan sepenuhnya,” jelasnya lagi.

Majlis khatam al-Quran pertama kali diadakan di Kompleks Kumpulan Karangkraf anjuran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 19, Shah Alam pada Rabu. - FOTO: SINAR HARIAN/ASRIL ASWANDI SHUKOR
Majlis khatam al-Quran pertama kali diadakan di Kompleks Kumpulan Karangkraf anjuran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 19, Shah Alam pada Rabu. - FOTO: SINAR HARIAN/ASRIL ASWANDI SHUKOR

Selain itu, Hussamuddin turut meminta guru untuk tidak memaksa murid meletakkan keutamaan belajar sehingga tidak mempedulikan al-Quran.

“Nak jadi cemerlang tetapi ‘sistem operasi’ masing-masing gagal sedangkan dalam al-Quran semuanya sudah dijelaskan termasuk ia turut dicontohi oleh Nabi Muhammad SAW,” tambah beliau.

Sementara itu, pengetua sekolah berkenaan, Rohana Jaafar memaklumkan program anjuran Pendidikan Islam itu merupakan aktiviti tahunan yang dijalankan.

Rohana Jaafar.
Rohana Jaafar.

Tambahnya, pihak sekolah mengambil peluang melaksanakan majlis berkenaan di Kompleks Kumpulan Karangkraf sekali gus turut serta dalam Program Iftar Ala Madinah @Karangkraf 2024 untuk berbuka puasa.

“Pihak pengurusan ambil peluang yang ada untuk tukar angin mengadakan majlis kita pada hari ini di tempat lain daripada kawasan sekolah.

“Terima kasih kepada Datuk Hussamuddin dan Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Hashim Anang sudi beri ruang kepada kami untuk menyempurnakan majlis ini,” ujarnya.