Jambatan di Baltimore runtuh: KLN pantau perkembangan

Jambatan Francis Scott Key Baltimore di negeri Maryland, AS runtuh pada awal Selasa selepas ia dilanggar oleh sebuah kapal kargo. Foto AFP
Jambatan Francis Scott Key Baltimore di negeri Maryland, AS runtuh pada awal Selasa selepas ia dilanggar oleh sebuah kapal kargo. Foto AFP
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Luar Negeri (KLN) memantau rapat perkembangan susulan jambatan Francis Scott Key di Baltimore, Amerika Syarikat yang runtuh pada Selasa.

Menerusi kenyataan, KLN memaklumkan Kedutaan Besar Malaysia di Washington, sedang giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut.

"Rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihatkan untuk berwaspada, berhati-hati dan mengikuti perkembangan terkini serta nasihat yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan," kata KLN pada Rabu.

Ujar kementerian itu, rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular atau mempunyai sebarang pertanyaan lanjut dinasihatkan untuk menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Washington di alamat

3516 International Ct NW, Washington, DC 20008, atau menerusi panggilan telefon 1 (202) 375 4396 dan juga email consularwdc@kln.gov.my.

Jambatan Francis Scott Key Baltimore di negeri Maryland, AS runtuh pada awal Selasa selepas ia dilanggar oleh sebuah kapal kargo.

Ia sekali gus menghalang operasi satu daripada pelabuhan komersial tersibuk di negara itu.

Menurut Pihak Berkuasa Pengangkutan Maryland (MTA), semua lorong ditutup di kedua-dua arah dan lalu lintas sedang dilencongkan.

Artikel Berkaitan:

Kejadian itu mungkin mengakibatkan kira-kira 20 orang terjatuh ke dalam Sungai Patapsco, bersama beberapa kenderaan.

Enam orang anggota kru pembinaan waktu malam yang membaiki jalan berlubang di jambatan itu hilang dan dikhuatiri maut.

Operasi mencari dan menyelamat, melibatkan pasukan penyelam, sedang dijalankan dengan bantuan daripada Pengawal Pantai AS.