Jakarta tutup kelab malam, bar sepanjang Ramadan

JAKARTA - Beberapa premis hiburan dan kehidupan malam di ibu negara Indonesia akan ditutup sepanjang Ramadan di bawah arahan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Wilayah Jakarta.
Ketua Agensi Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Jakarta, Andhika Permata berkata, premis terlibat termasuk kelab malam, disko, mandi wap, rumah urut, pusat hiburan dewasa dan bar, menurut Agensi Berita ANTARA pada Selasa.
Beliau berkata, premis berkenaan dikehendaki ditutup bermula sehari sebelum bermulanya Ramadan sehingga hari kedua Aidilfitri.
Bagaimanapun, Andhika berkata, pengecualian diberikan kepada premis perniagaan yang beroperasi di hotel empat dan lima bintang serta kawasan komersial tertentu yang ditetapkan, dengan syarat ia tidak berhampiran kawasan perumahan, rumah ibadat, sekolah atau hospital.
Beliau berkata, perniagaan yang dibenarkan beroperasi dalam tempoh itu dihadkan antara 8.30 malam hingga 1.30 pagi waktu tempatan dan perlu melaksanakan proses "closed bill” sejam sebelum tamat waktu operasi yang dibenarkan.
Menurut beliau, arahan itu dikeluarkan bagi menjaga ketenteraman awam dan memastikan suasana kondusif di ibu negara. - Bernama
Ringkasan AI
- Premis hiburan dan kehidupan malam di Jakarta akan ditutup selama Ramadan
- Kelab malam, disko, mandi wap, rumah urut, pusat hiburan dewasa dan bar termasuk dalam senarai premis yang wajib ditutup
- Premis tersebut dikehendaki ditutup dari sehari sebelum Ramadan hingga hari kedua Aidilfitri
- Perniagaan di hotel empat dan lima bintang serta kawasan komersial tertentu dibenarkan beroperasi dengan syarat
- Perniagaan yang dibenarkan beroperasi terhad kepada waktu operasi tertentu dan perlu melaksanakan proses closed bill sejam sebelum tamat operasi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
