Jambatan utama Baltimore runtuh dirempuh kapal kontena

Rakaman insiden itu turut menjadi tular di media sosial. Foto Agensi
Rakaman insiden itu turut menjadi tular di media sosial. Foto Agensi
A
A
A

WASHINGTON - Sebuah jambatan utama di bandar Baltimore di Maryland Amerika Syarikat (AS) runtuh pada Selasa selepas dirempuh kapal kontena membawa bendera Singapura.

Insiden itu turut menyebabkan sejumlah kenderaan bersama kira-kira 20 mangsa terhumban ke dalam Sungai Patapsco dan nasib mereka masih tidak diketahui.

Rakaman secara langsung yang disiarkan di YouTube detik pada jam 1.30 pagi (waktu tempatan) ketika sebuah kapal melanggar Jambatan Utama Francis Scott dan meruntuhkan sebahagian strukturnya.

Beberapa letupan kecil juga dapat dilihat sejurus kejadian menggemparkan itu.

"Kami percaya pelbagai jenis kenderaan besar termasuk traktor melalui jambatan tersebut ketika insiden berkenaan," ujar jurucakap Jabatan Bomba Baltimore, Kevin Cartwright.

Susulan tragedi itu, tindak balas kecemasan telah dilancarkan ke lokasi kejadian bersama pasukan penyelam untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang mungkin terselamat.

"Suhu sejuk melampau bagaimanapun menyukarkan misi tersebut," jelasnya. - Agensi

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: