Jambatan Baltimore runtuh: Pihak berkuasa pelabuhan Singapura beri kerjasama

Sebahagian daripada rangka keluli Jambatan Francis Scott Key di atas kapal kontena Dali selepas jambatan itu runtuh di Baltimore, Maryland pada Selasa. Foto AFP
Sebahagian daripada rangka keluli Jambatan Francis Scott Key di atas kapal kontena Dali selepas jambatan itu runtuh di Baltimore, Maryland pada Selasa. Foto AFP
A
A
A

SINGAPURA - Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) akan memberi kerjasama penuh kepada Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS) bagi menjalankan siasatan selepas sebuah kapal yang berdaftar di Singapura melanggar jambatan Francis Scott Key di Baltimore, Maryland.

Agensi itu berkata, ia juga akan menyiasat insiden melibatkan Dali, sebuah kapal kontena dikendalikan 22 kru semasa kejadian kira-kira 1.30 tengah hari waktu tempatan pada Selasa.

"MPA berhubung dengan Pengawal Pantai AS dan syarikat pengurusan kapal untuk memberikan bantuan yang diperlukan," menurutnya dalam satu kenyataan.

Sementara itu menurut pengendali kapal Synergy Marine Group dalam satu kenyataan, kesemua kru warga India selamat dan tiada kecederaan serta insiden pencemaran dilaporkan.

Kapal kontena berkapasiti 10,000 TEU (unit bersamaan 20 kaki) itu sedang membawa 4,679 TEU kontena sedang dalam pelayaran ke Colombo, Sri Lanka.

Menurut laporan media antarabangsa, darurat telah diisytiharkan di Maryland berikutan insiden yang menyaksikan jambatan Francis Scott Key runtuh, mengakibatkan beberapa kenderaan terhumban ke dalam Sungai Patapsco.

Seramai 20 mangsa dipercayai berada di dalam sungai itu bersama banyak kenderaan, lapor Reuters. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: