Perkara yang sering diabaikan ketika berpuasa

BERPUASALAH dengan penuh pengharapan balasan baik daripada ALLAH. -Gambar hiasan/ Foto: Canva
BERPUASALAH dengan penuh pengharapan balasan baik daripada ALLAH. -Gambar hiasan/ Foto: Canva
A
A
A

SAAT tibanya Ramadan, ramai orang berlumba-lumba meningkatkan ibadah dan amal kebajikan demi mengejar banyak kebaikan dalam bulan mulia itu.

Antara yang sering dilazimkan termasuklah membaca al-Quran, menunaikan solat tarawih dan banyak bersedekah.

Di sebalik kesibukan kita mengisi kesempatan yang ada dengan semua amalan tersebut, pendakwah Ustaz Mohamad Dhiyauddin Abdul Kadir atau lebih dikenali sebagai Addien Abdul Kadir mengingatkan agar kita tidak mengabaikan ihtisab (sentiasa berharap) ketika berpuasa.

USTAZ ADDIEN
USTAZ ADDIEN

Ini kerana, Nabi Muhammad SAW berpesan tentang puasa menerusi sabda Baginda: “Sesiapa berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan ihtisab (berharap), maka diampunkan baginya dosa-dosa yang lalu.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

“Namun begitu, ‘sentiasa berharap’ itu menjadi amalan paling dipandang rendah dan selalu diabaikan oleh orang yang berpuasa pada bulan Ramadan.

“Walhal, para ulama mengatakan, amalan inilah yang menjadi kayu ukur keikhlasan seseorang itu berpuasa,” coretnya sebagaimana yang ditulis menerusi hantaran di platform X miliknya.

Artikel Berkaitan:

Jelas beliau, tidak cukup berpuasa hanya sekadar menahan lapar dan dahaga serta mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan ibadah itu, sebaliknya kita perlu berpuasa dalam keadaan ‘mengharap’.

Menerusi infografik yang dikongsikan, Addien turut menyenaraikan satu persatu definisi berharap yang dimaksudkan.

Menurut Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani dalam kitab Fath al-Bari: “Ihtisab itu maksudnya mengharapkan balasan pahala dan kebaikan daripada ALLAH SWT.”

Imam Al-Khattabi dalam Mir’ah al-Mafatih pula menjelaskan, berpuasa dengan penuh mengharap balasan baik daripada ALLAH akan memudahkan urusan puasanya dan kehidupan sehariannya tidak terasa panjang selama dia berpuasa. Ini kerana besarnya berkat dan ganjarannya.

Melihat kepada pernyataan tersebut, Addien menyarankan agar kita menanam dalam hati untuk mengharapkan sebanyak-banyaknya kebaikan dengan puasa dilakukan.

“Selepas membaca al-Quran ketika puasa, tambah lagi mengharap ganjaran pahala.

INFOGRAFIK yang dikongsikan Ustaz Addien menerusi platform X miliknya baru-baru ini.
INFOGRAFIK yang dikongsikan Ustaz Addien menerusi platform X miliknya baru-baru ini.

“Bila beri sedekah, tambah lagi berharap. Begitu juga, ketika rasa penat, haus dan banyak ujian ketika puasa, selitkan ihtisab kepada ganjaran-ganjaran yang telah ALLAH janjikan kepada hamba-NYA yang berpuasa,” ungkapnya.

Menerusi infografik sama, beliau turut berkongsikan antara bentuk harapan yang boleh diungkapkan:

“Ya ALLAH, aku puasa dengan mengharapkan semua ganjaran pahala dan kebaikan yang telah ENGKAU janjikan.”

“Allahu, penatnya puasa hari ini. Ya ALLAH, berikanlah aku pahala dan syurga kerana puasaku di bulan Ramadan ini.”

BUKAN sekadar menunaikan solat tarawih mahupun membaca al-Quran, selitkan juga elemen ihtisab atau mengharapkan balasan pahala dan kebaikan daripada ALLAH SWT. -Foto: Canva
BUKAN sekadar menunaikan solat tarawih mahupun membaca al-Quran, selitkan juga elemen ihtisab atau mengharapkan balasan pahala dan kebaikan daripada ALLAH SWT. -Foto: Canva