Pemandu van sekolah tiada lesen bagi alasan sibuk

JPJ Selangor melaksanakan Op Bas Sekolah di sekitar Selangor pada Rabu. Foto JPJ Selangor
JPJ Selangor melaksanakan Op Bas Sekolah di sekitar Selangor pada Rabu. Foto JPJ Selangor
A
A
A

SHAH ALAM - Tiada masa dan lesen memandu mahal.

Itu antara alasan pemandu serta pengusaha van persendirian yang menjalankan khidmat pengangkutan pelajar sekolah selepas ditahan di sekitar Selangor, pada Rabu.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Selangor, Azrin Borhan berkata, Op Bas Sekolah itu dijalankan pihaknya secara statik dan rondaan bermula jam 2 pagi.

Menurutnya, sebanyak 72 buah bas sekolah diperiksa, 34 kenderaan diambil tindakan dengan 53 notis saman dikeluarkan.

"Antara kesalahan dikesan sepanjang operasi adalah tiada lesen memandu (6 kes), cukai jalan tamat tempoh (8 kes), tiada perlindungan insuran (6 kes), teknikal (8 kes), salah guna cukai jalan (19 kes) dan selebihnya lain-lain kesalahan.

"Bagi kesalahan tiada lesen memandu, pemandu van persendirian ini memberi alasan harga lesen memandu terlalu mahal selain mereka mendakwa tiada masa untuk pergi belajar memandu kerana kesibukan bekerja," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Azrin
Azrin

Azrin berkata, operasi kali ini memfokuskan penguatkuasaan bas sekolah yang tidak mempunyai permit serta pemeriksaan kenderaan bagi memastikan bas sekolah dalam keadaan baik dan selamat dinaiki pelajar.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, tindakan saman dibuat mengikut Seksyen 23(2) Akta Pengakutan Jalan 1987.

"Pemandu dan pengusaha van persendirian diingatkan supaya memohon lesen pengendali yang sah untuk menjalankan perkhidmatan pengangkutan bas sekolah.

"JPJ Negeri Selangor sentiasa memberi perhatian dan menjalankan pemantauan secara berterusan ke atas semua jenis kenderaan agar sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!