X

Kindly register in order to view this article
!

Pahang beri insentif perkahwinan pertama RM200

Wan Rosdy
A
A

KUANTAN - Kerajaan Pahang menyediakan insentif khas untuk perkahwinan kali pertama bagi lelaki sebanyak RM200 mulai tahun ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, intensif itu akan diberikan kepada pengantin lelaki yang berpendapat RM5,000 ke bawah bagi memudahkan urusan perkahwinan mereka.

Menurutnya, bagaimanapun pemberian intensif itu tertakluk kepada syarat-syarat dan garis panduan yang ditentukan.

"Insentif itu dijangka memberi manfaat kepada hampir 14,000 pasangan dan kos keseluruhan dianggarkan sebanyak RM2.8 juta," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan berlainan, Wan Rosdy berdasarkan kepada keadaan kewangan yang bertambah baik hasil daripada usaha meningkatkan hasil dan mengurangkan ketirisan, kerajaan negeri akan melaksanakan tujuh projek dan program khas pada tahun ini.

Jelasnya, kesemua projek dan program khas yang dijalankan tahun ini dengan kos keseluruhan dianggarkan kira-kira RM39 juta.

“Ini menepati prinsip kerajaan negeri untuk memulangkan kembali faedah dan manfaat kepada rakyat daripada hasil yang diperoleh,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus