Cuaca panas: Paras sungai menurun 40 peratus, tanaman padi terjejas

Paras air sungai menurun antara 10 hingga 40 peratus selain tanaman padi antara yang paling terkesan susulan kemarau berpanjangan yang berlaku di Sabah ketika ini.
Paras air sungai menurun antara 10 hingga 40 peratus selain tanaman padi antara yang paling terkesan susulan kemarau berpanjangan yang berlaku di Sabah ketika ini.
A
A
A

KOTA KINABALU - Paras air sungai menurun antara 10 hingga 40 peratus selain tanaman padi antara yang paling terkesan susulan kemarau berpanjangan yang berlaku di Sabah ketika ini.

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan (Mafi) Sabah, Datuk Seri Jeffrey Kitingan berkata, pihaknya meminta semua jabatan dan agensi di bawah kementeriannya untuk mendapatkan keseluruhan laporan kesan akibat daripada kemarau tersebut.

"Sekarang ini kesan kemarau sudah boleh dilihatlah, sungai pun sudah turun (paras) 10 peratus hingga 40 peratus. Padi antara yang memang terkesan sebab memerlukan air.

"Kita meminta semua jabatan dan agensi dalam Mafi untuk memberi laporan yang terkini. Esok, saya akan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Sumber Air Negeri Sabah jadi kita boleh tahu sehingga tahap mana kesan kemarau ini kepada ekonomi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Antara Jabatan Pengairan dan Saliran, Mafi dengan Shaanx Contruction Engineering (Malaysia) Sdn Bhd membabitkan pelaburan sebanyak RM17 bilion bagi projek tebatan banjir, pengairan dan saliran di sini pada Jumaat.

Sebelum itu, beliau diminta mengulas mengenai situasi semasa kesan terhadap pertanian susulan daripada kemarau berpanjangan yang berlaku di Sabah.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata, pihaknya juga akan mengenal pasti jenis bantuan diperlukan kepada petani terjejas disebabkan kemarau ini.

"Dari segi pertanian ada daerah-daerah yang terkesan dan kebanyakkannya bergantung dengan sungai.

Artikel Berkaitan:

"Jika ada yang terkesan, kita bincang jenis keperluan dan kewangan yang mereka perlukan untuk bantuan," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai program yang dihadirinya, Jeffrey memaklumkan sebanyak RM17 bilion pelaburan diterima menerusi MoU yang dimeterai.

"Menerusi pelaburan ini kita utamakan untuk kajian terhadap 11 sungai terlebih dahulu untuk mengenal pasti keadaan sungai tersebut sebelum pelaksanaan projek tersebut," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!