9 sekolah di Beaufort terjejas banjir

KOTA KINABALU - Sebanyak sembilan sekolah di bawah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Beaufort terjejas akibat banjir yang melanda daerah itu sejak Rabu.
Sekolah terjejas termasuk Sekolah Kebangsaan (SK) Klias Baru, SK Suasa, SK Lago, SK Mempagar, SK Batu 60, SK Kabajang, SK Jabang, SK Lupak dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saint Paul.
Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Raisin Saidin, berkata semua sekolah tersebut tidak dapat beroperasi buat sementara waktu.

"Lapan sekolah terjejas akibat banjir manakala laluan ke SK Lupak juga dinaiki air.
"Kesemua sekolah yang terjejas tidak dapat beroperasi dan akan melaksanakan sekolah gantian," katanya ketika dihubungi pemberita pada Khamis.
Ringkasan AI
- Sembilan sekolah di Beaufort terjejas akibat banjir
- Sekolah terjejas termasuk SK Klias Baru, SK Suasa hingga SMK Saint Paul
- Semua sekolah terjejas tidak dapat beroperasi buat sementara waktu
- Lapan sekolah direndam banjir, satu lagi terjejas kerana laluan dinaiki air
- Kesemua sekolah akan melaksanakan sekolah gantian
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
