Banjir Sipitang: 195 penduduk berlindung di 2 PPS pagi ini

Sebanyak 195 orang daripada 93 keluarga yang terjejas banjir di Sipitang kini berlindung di 2 PPS pagi ini.- Gambar hiasan
Sebanyak 195 orang daripada 93 keluarga yang terjejas banjir di Sipitang kini berlindung di 2 PPS pagi ini.- Gambar hiasan
A
A
A

KOTA KINABALU - Sebanyak 195 orang daripada 93 keluarga yang terjejas banjir di Sipitang kini berlindung di dua pusat pemindahan sementara (PPS), pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan, jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding 91 orang daripada 43 keluarga yang direkodkan semalam.

"Kesemua mangsa itu merupakan penduduk dari 14 kampung di Sipitang yang terjejas akibat banjir," menurut kenyataan itu.

PPS di Dewan Sekolah Kebangsaan Padang Berempah menempatkan 93 orang daripada 45 keluarga, manakala 102 orang daripada 48 keluarga berlindung di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Berampah.

Hujan lebat sejak petang Selasa menyebabkan kenaikan paras air Sungai Mengalong seterusnya mengakibatkan banjir di kawasan kampung berhampiran. - Bernama

 

 

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Sebanyak 195 orang dari 93 keluarga terjejas banjir di Sipitang
  • Jumlah itu meningkat dari 91 orang dari 43 keluarga yang direkodkan semalam
  • Mangsa merupakan penduduk dari 14 kampung di Sipitang
  • 93 orang dari 45 keluarga di Dewan SK Padang Berempah, 102 orang dari 48 keluarga di Dewan SMK Padang Berampah
  • Hujan lebat sejak petang Selasa menyebabkan banjir

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!