3 syarikat korporat tunai zakat perniagaan RM1.3 juta

Sultan Nazrin (kanan) menyerahkan wang zakat perniagaan yang diterima daripada tiga syarikat korporat kepada Mohd Annuar di Istana Perak, Changkat Persekutuan pada Khamis.
Sultan Nazrin (kanan) menyerahkan wang zakat perniagaan yang diterima daripada tiga syarikat korporat kepada Mohd Annuar di Istana Perak, Changkat Persekutuan pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenaan menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah RM1.3 juta daripada tiga syarikat korporat kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) di Istana Perak, Changkat Persekutuan di sini pada Khamis.

Penyerahan zakat perniagaan didahului oleh CIMB Islamic Bank Berhad dengan bayaran berjumlah RM600,000 oleh Pegawai Kanan Perbankan, Kumpulan Perbankan Borong, CIMB Bank Berhad, Zainul Bahrin Hashim.

Sultan Nazrin (kanan) berkenan menerima bayaran zakat perniagaan CIMB Islamic Bank Berhad dengan bayaran berjumlah RM600,000 yang diserahkan Zainul Bahrin di Istana Perak, Changkat Persekutuan pada Khamis.

Ia kemudian disusuli oleh Telekom Malaysia (TM) yang diwakili oleh Pengurus Besar Regulatory & Engagement TM Perak, Badrul Hisham Bahari dengan jumlah RM542,590.

Turut menunaikan zakat perniagaan ialah THP Utara Facilities Sdn Bhd sebanyak RM174,964 yang diserahkan oleh Pengerusi THP Utara Facilities Sdn Bhd, Datuk Syed Naqiz Shahabuddin Syed Abdul Jabbar.

Hadir sama di dalam majlis tersebut, Yang Dipertua MAIPk, Tan Sri Mohd Annuar Zaini; Anggota MAIPK, Profesor Datuk Dr Ansary Ahmed dan Pegawai Yang Menjalankan Tugas Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Wan Maizura Wan Zahari.

Turut bersama hadir, Hakim Mahkamah Utama Syariah Negeri Perak, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin dan Ahli Dewan Negara Perak, Tan Sri Mohamed Azumi Mohamed.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!