Agong berangkat ke majlis serahan zakat perniagaan kepada MUIP

Al-Sultan Abdullah berkenan menyaksikan serahan zakat daripada tiga badan korporat berjumlah lebih RM8.4 juta kepada Tengku Hassanal selaku Yang Dipertua MUIP pada Isnin. - Foto: FB Wan Rosdy
Al-Sultan Abdullah berkenan menyaksikan serahan zakat daripada tiga badan korporat berjumlah lebih RM8.4 juta kepada Tengku Hassanal selaku Yang Dipertua MUIP pada Isnin. - Foto: FB Wan Rosdy
A
A
A
KUANTAN - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli berangkat ke Majlis Serahan Zakat Badan Korporat kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) pada Isnin.

Turut berangkat paduka anakanda iaitu Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan Tengku Panglima Raja Kol, Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah yang merupakan Timbalan Yang Dipertua MUIP.

Pada majlis itu, Al-Sultan Abdullah berkenan menyaksikan serahan zakat daripada tiga badan korporat berjumlah lebih RM8.4 juta kepada Tengku Hassanal selaku Yang Dipertua MUIP.

Perbadanan Setiausaha Kerajaan Pahang menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM4 juta manakala Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) dan Mr. Bentong World Trading masing-masing menyerahkan zakat sebanyak RM2.4 juta dan RM2 juta.

Sebelum itu, Seri Paduka Baginda yang juga Ketua Agama Islam Pahang berkenan mempengerusikan Mesyuarat MUIP Ke-190.
Artikel Berkaitan:


Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif MUIP Datuk Ahmad Hairi Hussain. - Bernama