X

Kindly register in order to view this article
!

Meninggal ketika sedang solat sunat

Gambar dikongsi menerusi aplikasi WhatsApp hari ini.
A
A

GOMBAK - Jemaah Masjid Gombak Utara terkejut selepas salah seorang jemaahnya rebah dan disahkan meninggal dunia.

Kejadian dilaporkan berlaku pada jam 5.45 pagi ketika kebanyakan jemaah sedang menunggu azan subuh berkumandang.

Bilal masjid berkenaan, Md Zin Zakaria, 62, berkata, lelaki warga Indonesia berusia 50-an itu sedang menunaikan solat sunat di saf kedua sebelum rebah.

"Saya ketika itu berada dalam bilik azan dan sedang bersiap sedia untuk azan subuh sebelum dimaklumkan kejadian.

"Kami kemudian menghubungi pasukan perubatan yang tiba beberapa minit kemudian. Arwah disahkan sudah meninggal dunia oleh pegawai perubatan selepas membuat pemeriksaan," katanya.

Kematian lelaki tersebut menarik perhatian umum selepas kisahnya tular di aplikasi WhatsApp.

Katanya, dia kurang mengenali arwah kerana lelaki berkenaan bukan penduduk tempatan.

"Kebanyakan warga asing di kawasan ini sentiasa bertukar kerana mereka menyewa sementara dan bekerja secara kontrak.

"Saya perasan arwah kerap ke masjid cuma tidak rapat dengannya tetapi saya tahu dia menyewa bilik dengan seorang rakan yang juga warga Indonesia," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf