Tiada larangan warga asing beli minyak masak bersubsidi - Armizan

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali (kanan) mengisi minyak diesel ke dalam tangki lori ketika membuat lawatan ke tapak Skid Tank sempena lawatan kerja ke syarikat barangan dan sidang media berkenaan pelaksanaan projek rintis Sistem Kuota Diesel Subsidi 2.0 (SKDS 2.0) di Syarikat Perceptive Logistics Sdn Bhd, Kawasan Perindustrian Bandar Sultan Suleiman, pada Selasa. Turut hadir, Pengurus Besar Perceptive Logistics Sdn Bhd, Annie Goh (dua, kiri). Foto Bernama

A
A
A

KLANG - Tiada larangan untuk warga asing membeli minyak masak paket bersubsidi namun mereka tertakluk kepada had pembelian sama seperti rakyat Malaysia, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali.

Beliau menjelaskan bagaimanapun pihaknya ada menerima cadangan berkaitan larangan itu.

"Kalau kita perlu buat satu sistem (subsidi) hanya untuk minyak paket, ia tindakan yang melibatkan kos untuk kerajaan dan peruncit termasuk kedai runcit kecil,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja di Syarikat Perceptive Logistic Sdn Bhd di Pelabuhan Klang, pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika mengulas jika larangan akan dikenakan kepada warga asing untuk membeli minyak masa bersubsidi susulan tularnya video memaparkan warga asing membeli barangan bersubsidi itu.

Beliau berkata, pihaknya juga sedang melaksanakan audit yang bermula Oktober tahun lepas hingga Mac ini, menyasarkan kilang penapisan dan pembungkusan minyak masak bagi mengetahui sama ada berlaku ketirisan atau penyelewengan.

Dalam perkembangan lain, Armizan menjelaskan pihaknya mengambil maklum situasi kenaikan harga bawang India dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan juga sedang mengambil langkah untuk menstabilkan harga bahan itu dengan meningkatkan import dari negara lain.

Beliau menjelaskan kenaikan harga bawang India berlaku susulan sekatan dikenakan oleh India sehingga 31 Mac ini kerana sedang berdepan pilihan raya dan bagi memastikan bekalan domestik mereka mencukupi.

Media sebelum ini melaporkan harga bawang India naik lebih 30 peratus sejak bulan lepas. - Bernama

Artikel Berkaitan: