Utamakan warga tempatan beli minyak masak peket

Pembelian minyak peket subsidi perlu diberi keutamaan kepada warga tempatan terutama golongan B40 dan M40 yang terkesan dengan peningkatan kos sara hidup. Gambar fail Bernama
Pembelian minyak peket subsidi perlu diberi keutamaan kepada warga tempatan terutama golongan B40 dan M40 yang terkesan dengan peningkatan kos sara hidup. Gambar fail Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Pembelian minyak peket subsidi perlu diberi keutamaan kepada warga tempatan terutama golongan B40 dan M40 yang terkesan dengan peningkatan kos sara hidup.

Bendahari Agung Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Nur Asyikin Aminuddin berkata, walaupun kerajaan tidak melarang warga asing daripada mendapatkan barangan asas tersebut, namun ia perlu dikawal bagi memastikan bekalan cukup untuk rakyat tempatan.

Menurutnya, kerajaan masih belum mempunyai mekanisme tertentu sehingga mengakibatkan warga asing turut mendapat kuota pembelian yang sama.

“Keadaan pasaran terbuka di negara ini menyebabkan semua pihak boleh membeli minyak masak peket tanpa perlu menunjukkan kad pengenalan atau sebarang dokumen menyebabkan tiada sekatan ke atas individu,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali pada Selasa berkata, tiada larangan untuk warga asing membeli minyak masak peket bersubsidi tetapi mereka tertakluk kepada had pembelian sama seperti rakyat Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika mengulas sekiranya terdapat larangan dikenakan terhadap warga asing yang membeli minyak masak bersubsidi susulan penularan video memaparkan warga asing membeli barangan tersebut.

Laporan Sinar Harian pada Selasa.
Laporan Sinar Harian pada Selasa.

Mengulas lanjut, menurut Nur Asyikin, tidak dinafikan warga asing juga turut terkesan dengan peningkatan kos sara hidup, namun kerajaan perlu memikirkan kaedah terbaik bagi menangani masalah tersebut.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, isu pembelian minyak masak bersubsidi melebihi had bukan hanya berlaku dalam kalangan warga asing, malah terdapat sebahagian besar rakyat tempatan menggunakan kesempatan sedia ada untuk ‘membolot’ bekalan tersebut.

Tambah beliau, rakyat Malaysia mahupun warga asing akan memanipulasi keadaan untuk membeli barangan komoditi itu melebihi kuota yang ditetapkan.

“Isu pembelian ini kadangkala bukan hanya dimanipulasi oleh rakyat kita sahaja, bahkan warga asing juga. Jadi tidak adil kita hanya menyalahkan satu pihak.

“Saya faham warga asing turut terkesan dengan tekanan kos sara hidup di negara ini tetapi kita perlu tegas supaya tiada mana-mana pihak mengambil kesempatan untuk membeli melebihi kuota,” ujarnya.