Rumah Pokwe terapung kali kedua dalam banjir

Rumah Pokwe terapung buat kali kedua ketika banjir melanda di Kampung Terbak Batu 16, Kemaman. Gambar kecil: Pokwe, Patimah
Rumah Pokwe terapung buat kali kedua ketika banjir melanda di Kampung Terbak Batu 16, Kemaman. Gambar kecil: Pokwe, Patimah
A
A
A

KEMAMAN - Rumah terapung yang dinamakan ‘Rumahku, Rakitku’ berjaya terapung buat kali kedua bagi menyelamatkan tiga beranak daripada dilanda banjir di Kampung Terbak Batu 16 dekat sini.

Bakar Che Ahmad, 68, atau dikenali Pokwe berkata, rumah yang disiapkan pada 16 September tahun lalu dengan keluasan 9 x 12 meter persegi itu berjaya diapungkan selama empat hari sekali gus menyelamatkannya sekeluarga daripada banjir besar.

"Pada Isnin lepas, hujan lebat berterusan menyebabkan air naik sehingga 3.6 meter. Alhamdulillah...air tak masuk ke dalam rumah dan masih kukuh.

"Rumah ini telah terapung selama empat hari malah ia kukuh dan tidak hanyut kerana kita sudah letak dua tiang setinggi enam meter di kiri serta kanan rumah selain mampu mampu menahan berat 15 tan metrik.

"Buat masa ini rumah masih terapung lagi... belum jejak ke tanah. Jika keadaan cuaca pada hari ini panas serta tidak berlaku hujan berterusan maka air akan mula surut dan rumah kembali dalam keadaan seperti biasa," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Khamis.

Keadaan rumah pokwe yang mula dinaiki air
Keadaan rumah pokwe yang mula dinaiki air

Mengulas lanjut, Pokwe berkata, rumah impian yang dibina menerusi wang diterima hasil titik peluh daripada tujuh anaknya itu sangat bermakna kerana memudahkan urusan dia sekeluarga tidak perlu berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).

"Buat masa ini saya tinggal bersama isteri dan seorang anak lelaki berusia 43 tahun di rumah terapung itu.

Artikel Berkaitan:

"Jadi kami tak perlu berpindah ke PPS memandangkan keadaan faktor kesihatan saya yang uzur. Jadi rumah terapung ini betul-betul menyelamatkan kami sekeluarga," ujarnya.

Sementara itu, isteri Pokwe, Patimah Salleh, 62, menyatakan dia sudah bersiap siaga dengan barang makanan asas dan bekalan ubat bagi memenuhi keperluan keluarga ketika berada di rumah terapung sepanjang banjir melanda.

Rumah Pokwe terapung ketika banjir melanda
Rumah Pokwe terapung ketika banjir melanda

"Saya jangkakan banjir berlaku pada 15 Disember. Memang sudah bersiap awal tapi tak banjir-banjir juga pada tempoh tersebut.

"Jadi barang keperluan dibeli itu cukup untuk sebulan dan harap keadaan mula kembali pulih sedia kala.

"Kami juga ada bot maka kalau ada apa-apa urusan boleh guna bot untuk ke tempat dituju," ujarnya.