Throwback 2023: Tragedi yang tidak diduga

Antara tragedi dan kes-kes tidak terduga sepanjang tahun 2023.
Antara tragedi dan kes-kes tidak terduga sepanjang tahun 2023.
A
A
A

BERIKUT merupakan antara tragedi dan kes-kes tidak terduga sepanjang tahun 2023.

25 APRIL

Tanah runtuh di Akademi SPRM

Seramai 76 mangsa dipindahkan dalam kejadian tanah runtuh di hadapan pintu masuk Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) di Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin, Kuala Lumpur.

[BACA ARTIKEL PENUH]:Tanah runtuh dekat Akademi SPRM, 76 mangsa dipindahkan

28 APRIL

Budak 11 tahun mangsa pertama strok haba

Artikel Berkaitan:

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dari Kampung Perupok di Bachok, Kelantan menjadi mangsa pertama disahkan maut akibat strok haba berikutan cuaca panas melanda negara.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dari Kampung Perupok di Bachok, Kelantan menjadi mangsa pertama disahkan maut akibat strok haba berikutan cuaca panas melanda negara.

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dari Kampung Perupok di Bachok, Kelantan menjadi mangsa pertama disahkan maut akibat strok haba berikutan cuaca panas melanda negara.

[BACA ARTIKEL PENUH]:Kanak-kanak 11 tahun maut, mangsa pertama strok haba

19 MEI

Pengarah APM Kedah meninggal ketika misi tawan Everest

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Leftenan Kolonel Awang Askandar Ampuan Yaacub, 56, meninggal dunia ketika misi pendakian Gunung Everest, Himalaya.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Leftenan Kolonel Awang Askandar Ampuan Yaacub, 56, meninggal dunia ketika misi pendakian Gunung Everest, Himalaya.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Leftenan Kolonel Awang Askandar Ampuan Yaacub, 56, meninggal dunia ketika misi pendakian Gunung Everest, Himalaya pada jam 10.30 pagi waktu Nepal (12.45 tengah hari waktu Malaysia) selepas terjatuh malam sebelumnya.

[BACA ARTIKEL PENUH]:Pengarah APM Kedah meninggal dunia ketika misi daki Everest

20 MEI

Pendaki OKU negara dilapor hilang

Seorang pendaki Malaysia Everest 2023 orang kurang upaya (OKU) pendengaran, Muhammad Hawari Hashim, 33 dilaporkan hilang selepas berjaya menawan puncak Everest di Nepal.

[BACA ARTIKEL PENUH]: Pendaki OKU negara dilapor hilang selepas tawan puncak Everest

28 JUN

Tanah runtuh di laluan ke Cameron Highlands

Runtuhan tanah berlaku di Jalan Simpang Pulai-Blue Valley menuju ke Cameron Highlands akibat hujan lebat, mengakibatkan kedua-dua arah terhalang.

[BACA ARTIKEL PENUH]:Tanah runtuh di laluan menuju Cameron Highlands

2 JULAI

10 mangsa dihanyutkan kepala air

Seorang lelaki dan wanita ditemukan lemas selepas dihanyutkan kepala air ketika berkelah di Jeram Air Putih, Kampung Air Putih, Kemaman, sementara lapan lagi mangsa yang dikhuatiri hilang ditemui pada keesokan harinya. Tujuh daripada mereka merupakan keluarga.

[BACA ARTIKEL PENUH]:Dua lemas, lapan lagi masih hilang dihanyutkan kepala air

5 JULAI

Jenazah tujuh beranak selamat dikebumikan

Jenazah tujuh beranak yang terlibat dalam tragedi fenomena kepala air di Jeram Air Putih, Kemaman, Terengganu selamat dikebumikan di Perkuburan Islam Felda Lepar Hilir 3, Kuantan.

[BACA ARTIKEL PENUH]:Tragedi kepala air: Jenazah tujuh beranak selamat dikebumikan

17 OGOS

Nahas pesawat terhempas di Elmina

Seramai 10 individu maut dalam insiden pesawat ringan terhempas di Elmina, Seksyen U16 di Shah Alam. Salah seorang daripada mereka ialah Exco Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Johari Harun yang juga merupakan ADUN Pelangai.

[BACA ARTIKEL PENUH]:[KRONOLOGI] Kes pesawat terhempas di Elmina

10 SEPTEMBER

Tragedi konvoi tiga sahabat

Konvoi tiga sahabat yang pulang selepas makan ikan patin Temerloh bertukar tragedi apabila kesemuanya maut setelah motosikal yang ditunggangi mereka dirempuh sebuah kereta di jalan besar Felda Jengka 17, Maran.

[BACA ARTIKEL PENUH]:Tragedi konvoi tiga sahabat

16 OKTOBER

Penuntut kursus tempur alami strok haba

Seramai 10 penuntut yang menjalani kursus tempur pegawai muda di lapang sasar Kem Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (Pulada) Kota Tinggi mengalami simptom strok haba menyebabkan seorang meninggal dunia.

[BACA ARTIKEL PENUH]:10 penuntut kursus tempur alami strok haba, seorang maut

5 NOVEMBER

Pusat beli-belah dimasuki air

Pengunjung di sebuah pusat beli-belah di Subang Jaya panik seketika apabila ruangan bahagian tingkat bawah bangunan berkenaan dimasuki air susulan hujan lebat berterusan.

[BACA ARTIKEL PENUH]:Banjir kilat: Pusat beli-belah di Subang Jaya dimasuki air

8 NOVEMBER

Selangor dilanda banjir

Lebih 700 mangsa melibatkan 200 keluarga ditempatkan di 10 pusat pemindahan sementara susulan banjir melanda.

[BACA ARTIKEL PENUH]:Banjir Selangor: Jumlah mangsa banjir meningkat kepada 789 orang

26 NOVEMBER

Mangsa banjir di Kelantan, Selangor meningkat

Lebih 1,000 mangsa banjir berada di pusat pemindahan sementara di Kelantan, Terengganu dan Selangor. Kelantan mencatatkan peningkatan ketara iaitu lebih 600 orang.

[BACA ARTIKEL PENUH]:Mangsa banjir di Kelantan, Selangor meningkat