Banjir kilat: Pusat beli-belah di Subang Jaya dimasuki air

Bahagian tingkat bawah sebuah pusat beli-belah di Subang Jaya yang dimasuki air susulan hujan lebat berterusan pada Ahad.
Bahagian tingkat bawah sebuah pusat beli-belah di Subang Jaya yang dimasuki air susulan hujan lebat berterusan pada Ahad.
A
A
A

SUBANG JAYA - Pengunjung di sebuah pusat beli belah panik seketika apabila ruangan bahagian tingkat bawah pusat beli belah terbabit dimasuki air susulan hujan lebat berterusan pada Ahad.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 8.39 malam.

"Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya dikejarkan ke lokasi kejadian dan mendapati air berketinggian 0.30 meter di lokasi kejadian.

Sebuah kedai barangan elektrik di pusat beli-belah di Subang Jaya dimasuki air pada Ahad.
Sebuah kedai barangan elektrik di pusat beli-belah di Subang Jaya dimasuki air pada Ahad.

"Banjir itu turut melibatkan sebuah kedai barangan elektrik di ruangan terbabit," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Katanya, air bagaimanapun mulai surut sebaik sahaja hujan reda.

"Pemantauan dijalankan mendapati situasi berada dalam keadaan terkawal dan tidak melibatkan mangsa ketika kejadian," katanya.

Hujan lebat hampir beberapa jam turut mengakibatkan beberapa kawasan di sekitar Subang Jaya.

Artikel Berkaitan: