Tragedi kepala air: Jenazah tujuh beranak selamat dikebumikan

Jenazah tujuh beranak mangsa tragedi kepala air Jeram Air Putih, Kemaman selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Felda Lepar Hilir 3 di sini, tengah malam pada Selasa.
Jenazah tujuh beranak mangsa tragedi kepala air Jeram Air Putih, Kemaman selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Felda Lepar Hilir 3 di sini, tengah malam pada Selasa.
A
A
A

KUANTAN - Jenazah tujuh beranak yang terbabit dalam tragedi fenomena kepala air di Jeram Air Putih, Kemaman, Terengganu pada Sabtu selamat dikebumikan di Perkuburan Islam Felda Lepar Hilir 3, di sini tengah malam Selasa.

Jenazah pasangan suami isteri, Karim Abdullah, 39, dan Azizah Eiyi, 40, serta lima anaknya selamat dikebumikan dalam satu liang lahad kira-kira jam 11.52 malam.

Lima lagi anak pasangan itu, Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18; Putri Nurerina Natasya Karim, 10; Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11; Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6 dan Putri Aryana Umaira Karim, 4.

Sebelum itu, kesemua jenazah disembahyangkan di Masjid Ubbudiah, Felda Lepar Hilir 3 yang diimamkan Imam masjid, Ibrahim Mat Noor bersama-sama kira-kira 100 jemaah.

Tujuh van jenazah yang membawa kesemua jenazah secara berasingan itu bertolak dari Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, kira-kira jam 6.25 petang.

Suasana pilu dan sedih menyelubungi upacara pengebumian apabila kira-kira 200 ahli keluarga dan kenalan yang hadir kelihatan sebak sewaktu diberikan peluang terakhir untuk menatap wajah jenazah sebelum dikebumikan.

Jenazah pasangan suami isteri, Karim Abdullah, 39, dan Azizah Eiyi, 40, serta lima anaknya selamat dikebumikan dalam satu liang lahad kira-kira jam 11.52 malam.
Jenazah pasangan suami isteri, Karim Abdullah, 39, dan Azizah Eiyi, 40, serta lima anaknya selamat dikebumikan dalam satu liang lahad kira-kira jam 11.52 malam.

Pada Ahad lalu, 10 individu termasuk sembilan sekeluarga yang dilaporkan berkelah di Jeram Air Putih pada petang Sabtu, hilang selepas dihanyutkan kepala air di kawasan itu.

Setakat petang Selasa, mayat kelapan yang dikenal pasti sebagai Putri Alleya Maisarah ditemui kira-kira jam 3 petang di kawasan beting jeram terbabit.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, mayat kelapan itu ditemui berhampiran mangsa kedua yang ditemui kelmarin.

Dua lagi mangsa belum ditemukan ialah Putri Nor Fatin, 14 dan tunang kepada Putri Balqis Izzati iaitu Muhammad Fikri Saliman, 24.

Susulan tragedi kepala air ini kerajaan Terengganu telah menutup sementara kawasan perkelahan di Jeram Mawar, Air Putih tersebut bermula Isnin bagi memastikan tragedi sama tidak berulang dalam masa terdekat.

ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi kepala air: Mayat ketujuh disahkan Putri Balqis Izzati

Tragedi kepala air: Mayat ketujuh ditemukan

Tragedi kepala air: Operasi SAR disambung cari 3 lagi mangsa

Dua lemas, lapan lagi masih hilang dihanyutkan kepala air

Ancaman kepala air, operasi SAR kesan 8 lagi mangsa dihentikan awal

Terkejut, tak percaya keluarga kakak terlibat tragedi kepala air

Tragedi kepala air: Identiti lapan individu dikenal pasti

Tragedi kepala air: Operasi SAR disambung kesan lapan lagi mangsa

Tragedi kepala air: Hilang sepupu rapat sekelip mata

'Adik sanggup ikat perut nak kahwin hujung tahun ini'

Tragedi kepala air: Jenazah mangsa dibawa ke Felda Lepar Hilir 3