Pengarah APM Kedah meninggal dunia ketika misi daki Everest

Awang Askandar Ampuan Yaacub
Awang Askandar Ampuan Yaacub
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Lt Kol Awang Askandar Ampuan Yaacub, 56, meninggal dunia ketika misi pendakian Gunung Everest, Himalaya.

Mangsa dilaporkan meninggal dunia pada Jumaat, jam 10.30 pagi waktu Nepal (12.45 tengahari waktu Malaysia) selepas terjatuh pada malam sebelumnya.

Ketua Misi Malaysia Everest 2023 (ME 2023), Azim Afif Ishak, 35, berkata, ketika kejadian, mangsa bersama Muhammad Hawari Hashim, 33, sedang melakukan pendakian pada jarak 8,000 meter dari aras laut.

Mereka dilaporkan hanya memerlukan kira-kira 20 minit untuk sampai ke puncak.

“Selepas kejadian, Allahyarham dibawa ke kem empat dengan bantuan malim gunung untuk diberikan rawatan dan meninggal dunia pagi tadi. Jenazah akan dibawa turun sehingga ke kem dua esok untuk diterbangkan ke hospital dengan helikopter, namun bergantung kepada keadaan cuaca.

“Kejadian sedih ini sudah dimaklumkan kepada Kedutaan Malaysia di Nepal dan selepas dibawa turun, jenazah akan dihantar ke hospital untuk bedah siasat," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, keluarga Allahyarham sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu dan pihaknya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Nepal bagi menguruskan jenazah.

Difahamkan, mangsa yang berasal dari Sabah itu adalah warga asing kesembilan meninggal dunia bagi musim pendakian tahun ini, termasuk malim gunung.

Misi ME 2023 dikatakan percubaan kedua Allahyarham selepas tertangguh tahun lalu disebabkan faktor cuaca.

Azim berkata, misi pendakian itu dipecahkan kepada dua pasukan, yang mana Allahyarham Awang Askandar bersama Hawari memulakan misi pertama manakala dia dan Tiong Ling Yang, 30, kumpulan kedua.

Jelasnya, selepas terjatuh, Allahyarham masih dalam keadaan sedar dan Hawari meneruskan pendakian sehingga ke puncak.

Katanya, beliau berasa sedih dengan kejadian itu dan misi kumpulan kedua terpaksa ditangguhkan bagi urusan membawa keluar jenazah Awang Askandar.

Sementara itu, Chef De Mission ME2023, Tan Sri Dr Salleh Mohd Nor ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berharap seluruh ahli keluarga bersabar menerima berita sedih itu.

ARTIKEL BERKAITAN:

Pendaki OKU negara dilapor hilang selepas tawan puncak Everest

Pemergian Awang Askandar kehilangan besar buat APM, negara

Pendaki OKU Malaysia berjaya tawan puncak Everest

Pengarah APM Kedah meninggal dunia ketika misi daki Everest

'Seakan tak percaya adik meninggal ketika misi daki Everest'

Everest semakin berbahaya, semoga Hawari selamat

Everest: Orang ramai titip doa buat Hawari

Jenazah pendaki dijangka dibawa turun malim gunung

'Gunung Everest kehilangan salji, lebih kering dan berbatu'

Operasi SAR sukar jika Hawari terjatuh di kaki Gunung Lhotse

Ismail Sabri titip doa kepada mangsa tragedi Everest

Gesa siasatan menyeluruh tragedi Everest

Cuaca tak menentu cabaran cari mangsa hilang Gunung Everest

Ravichandran sedih kehilangan dua rakan pendaki

Doakan Hawari ditemui selamat - Ibu

Wisma Putra bantu bawa turun jenazah Awang Askandar

Kerajaan sedia penuhi hasrat keluarga Awang Askandar

Ravi tahan sakit demi kibar Jalur Gemilang di Everest

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!