Mangsa banjir di Kelantan, Selangor meningkat

Jalan raya yang menghubungkan Chendering ke Kampung Kedai Buluh ditutup kepada kenderaan ringan selepas dinaiki air berikutan hujan lebat sejak beberapa hari lepas semasa tinjauan di Kampung Alor Surau Panjang hari ini. - Foto Bernama

A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 1,165 mangsa banjir berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan, Terengganu dan Selangor setakat jam 4 petang pada Ahad.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kelantan mencatatkan peningkatan ketara iaitu 674 orang daripada 188 keluarga berbanding 581 orang dan 161 keluarga tengah hari tadi.

Keadaan sama turut dilaporkan di Selangor apabila mangsa banjir bertambah kepada 76 orang membabitkan 25 keluarga dan ditempatkan di dua PPS.

Sementara itu, di Terengganu menunjukkan penurunan iaitu daripada sembilan kepada tujuh PPS beroperasi yang menempatkan 415 orang melibatkan 96 keluarga.

Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi enam negeri iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan dan Terengganu hingga 27 November.

Amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan dan Terengganu hingga 27 November.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan dan Terengganu hingga 27 November.

Tambahnya, penumpuan angin juga akan melanda kawasan utara Selat Melaka pada tarikh berkenaan manakala luruan monsun lemah dijangka berlaku sehingga Khamis ini.

Menurut MetMalaysia, keadaan itu berpotensi menghasilkan ribut petir dan hujan lebat serta angin kencang dalam tempoh yang lebih panjang di negeri utara Semenanjung Malaysia termasuk kawasan perairan.

Artikel Berkaitan:

“Amaran angin kencang dan laut bergelora juga telah berkuat kuasa sehingga 28 November 2023.

“Orang awam dinasihatkan supaya sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat terkini dan sahih,” ujarnya.

Sebahagian penduduk meredah banjir dengan menaiki bot untuk ke tempat yang lebih selamat selepas kawasan berkenaan dinaiki air. - Foto Bernama
Sebahagian penduduk meredah banjir dengan menaiki bot untuk ke tempat yang lebih selamat selepas kawasan berkenaan dinaiki air. - Foto Bernama