Dua lemas, lapan lagi masih hilang dihanyutkan kepala air

Sebuah kereta jenis Proton Gen 2 ditemui lebih kurang dua kilometer dari lokasi penemuan mayat kedua.(Gambar kiri). Sembilan sekeluarga bersama seorang bakal menantu famili tersebut (tiada dalam gambar) dikatakan berkelah di Jeram Air Putih, Kampung Air Putih di sini.

A
A
A

KEMAMAN - [DIKEMAS KINI] Seorang lelaki dan wanita ditemukan lemas selepas dipercayai dihanyutkan kepala air ketika berkelah di Jeram Air Putih, Kampung Air Putih di sini pada Ahad, sementara lapan lagi dikhuatiri masih hilang.

Pegawai Bertugas Pusat Kawalan Kontinjen (CCC) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Terengganu, Asisten Superintenden Ahmad Syukri Yusoff berkata, dua korban pertama telah ditemukan masing-masing pada jam 12.45 tengah hari pada Ahad.

Kedua-dua mangsa tersebut ialah Azizah Eiyi, 40, dan anaknya, Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11.

Kenderaan yang digunakan mangsa yang turut terjejas dipercayai dihanyutkan kepala air. - Foto media sosial
Kenderaan yang digunakan mangsa yang turut terjejas dipercayai dihanyutkan kepala air. - Foto media sosial

"Mayat pertama iaitu seorang wanita ditemui orang ramai di tebing sungai berhampiran Kubur Kampung Laut, Pasir Gajah, Kemaman manakala mayat kedua iaitu seorang lelaki ditemui di atas kayu di tebing sungai menuju ke Tasik Hutan Sungai Air Putih.

"Pemantauan di lokasi kejadian menemui sebuah kereta jenis Proton Gen 2 bernombor pendaftaran JHY 5517 dan sebuah motosikal jenis SYM dengan nombor pendaftaran CER 5753 lebih kurang dua kilometer dari lokasi penemuan mayat kedua," katanya dalam kenyataan di sini.

Sebuah motosikal turut ditemui dihanyutkan kepala air. - Foto Media sosial
Sebuah motosikal turut ditemui dihanyutkan kepala air. - Foto Media sosial

Menurutnya, hasil siasatan awal pada kedua-dua mayat tidak menemui sebarang kesan kecederaan atau kesan pelakuan jenayah.

"Mangsa didapati lemas kesan daripada kepala air yang berlaku di lokasi kejadian dan identiti mangsa masih belum dikenal pasti.

"Mayat telah dibawa ke Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN Terkejut, tak percaya keluarga kakak terlibat tragedi kepala air