‘Jenayah rasuah nak sama macam zina’

Jenayah rasuah boleh dianggap mempunyai persamaan dengan perbuatan zina kerana kedua-dua pihak sama ada pemberi atau penerima menikmati habuan masing-masing. (Gambar kecil: Nurhayati)
Jenayah rasuah boleh dianggap mempunyai persamaan dengan perbuatan zina kerana kedua-dua pihak sama ada pemberi atau penerima menikmati habuan masing-masing. (Gambar kecil: Nurhayati)
A
A
A

SHAH ALAM - Jenayah rasuah boleh dianggap mempunyai persamaan dengan perbuatan zina kerana kedua-dua pihak sama ada pemberi atau penerima menikmati habuan masing-masing.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia (Rasuah Busters), Nurhayati Nordin berkata, bagaimanapun, dari sudut undang-undang, hanya satu pihak sahaja yang akan didakwa manakala pihak lain menjadi saksi kes.

“Kadang-kadang saya rasa jenayah rasuah ini nak sama macam zina dah sebab kedua-duanya mendapat manfaat tetapi hanya satu pihak yang dikenakan tindakan.

“Bukankah mereka menang-menang ketika menikmati habuan? Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.

“Sebenarnya, ia adalah satu jenayah yang amat sukar untuk kita semua selesaikan kerana memang tertakluk pada hati nurani untuk merasakan apa yang kita lakukan semuanya ALLAH SWT lihat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Wacana Siri 423 yang bertajuk Rasuah Robek Budaya Bangsa yang dihoskan oleh Ismail Adnan sempena sambutan Hari Antirasuah Antarabangsa (HARA) Rasuah Busters 2023 di Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini pada Rabu.

Hadir sama, Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Badlishah Sham Baharin sebagai panel.

Artikel Berkaitan: