Ir Cheremi memangku jawatan Datuk Bandar Shah Alam

A
A
A

Ir Cheremi mengangkat sumpah sebagai Pemangku Datuk Bandar Shah Alam, semalam.
Ir Cheremi mengangkat sumpah sebagai Pemangku Datuk Bandar Shah Alam, semalam.

SHAHALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) hari ini mengumumkan pelantikan Ir. Cheremi Tarman sebagai pemangku Datuk Bandar.

Pelantikan berkenaan dibuat setelah Datuk Bandar Shah Alam, Dr. Nor Fuad Abdul Hamid dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) di Kementerian Pengangkutan berkuatkuasa pada 27 Oktober 2023.

Menurut satu kenyataan daripada MBSA, Ir Cheremi yang dilantik menjadi Timbalan Datuk Bandar Shah Alam pada 9 Januari 2023, berkelulusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) daripada Universiti Selangor (UNISEL), Sarjana Muda Sains dalam bidang Kejuruteraan Awam dari Louisiana State University, Amerika Syarikat dan Diploma dari Kansas State High School Equivalency, AmerikaSyarikat. Beliau juga memprolehi gelaran Jurutera Profesional (Ir) daripada Board of Engineers(BEM).

Ir Cheremi telah menyertai perkhidmatan awam padaNovember 1988 dan telah berkhidmat di beberapa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) selain MBSA seperti Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sebagai Pengarah Kejuruteraan dari 2010 sehingga 2013 serta Timbalan Yang Dipertua di Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dari 2020 sehingga Disember 2022.

Sementara itu, MBSA mengucapkan tahniah atas pelantikan Dr Nor Fuad di Kementerian Pengangkutan dan seluruh warganya menghargai segala jasa, pengorbanan dan komitment yang ditunjukkan beliau sepanjang berkhidmat sebagai Datuk Bandar Shah Alam.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!