Ramai pelajar India tercicir pendidikan akibat masalah pengangkutan


Noh (kanan) bersama Nurul Syazwani (tengah) berbual bersama penduduk yang hadir pada Majlis Sambutan Deepavali di Kampung Bestari Jaya di sini pada Ahad.
Noh (kanan) bersama Nurul Syazwani (tengah) berbual bersama penduduk yang hadir pada Majlis Sambutan Deepavali di Kampung Bestari Jaya di sini pada Ahad.
A
A
A

KUALA SELANGOR - [DIKEMAS KINI] Kira-kira 180 pelajar India yang menetap di tiga kawasan ladang di sekitar Bestari Jaya di sini dikenal pasti tercicir dalam pendidikan berikutan masalah pengangkutan untuk ke sekolah menengah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Nurul Syazwani Noh berkata, tiga ladang itu ialah di Sungai Tinggi, Hopefull dan Ladang Mary.

Menurutnya, rata-rata mereka mempunyai masalah untuk hadir ke sekolah menengah yang terletak kira-kira 15 kilometer dari penempatan penduduk.

"Saya difahamkan, ramai dalam kalangan anak-anak pekerja ladang ini tidak hadir ke sekolah akibat masalah pengangkutan.

"Jika ini tidak dibendung, kita bimbang mereka ini keciciran dan mungkin sebahagiannya tidak dapat menamatkan persekolahan peringkat menengah," katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Deepavali di Kampung Bestari Jaya di sini pada Ahad.


Nurul Syazwani (tengah) mengiringi Noh (kiri) menikmati juadah pada Majlis Sambutan Deepavali di Kampung Bestari Jaya pada Ahad.
Nurul Syazwani (tengah) mengiringi Noh (kiri) menikmati juadah pada Majlis Sambutan Deepavali di Kampung Bestari Jaya pada Ahad.

Nurul Syazwani berkata, murid di sekolah rendah tidak berdepan masalah itu berikutan fasiliti pendidikan itu disediakan di tiga ladang terbabit.

Jelasnya, rata-rata ibu bapa pelajar terdiri dalam kalangan B40 dan mereka tidak mempunyai pengangkutan untuk menghantar anak ke sekolah.

Artikel Berkaitan:

Beliau memberitahu, sebelum ini terdapat sebuah bas sekolah disumbangkan bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar bagi kemudahan anak-anak di ladang terbabit.

"Bagaimanapun, saya difahamkan setelah Tan Sri Noh tidak lagi menjadi ahli Parlimen, bas terbabit telah rosak dan tidak diselenggara dengan baik," ujar beliau.

Sehubungan itu, katanya, beliau merayu kerajaan negeri menyediakan kemudahan Bas Smart Selangor untuk kegunaan pelajar di tiga ladang terbabit.


Nurul Syazwani (dua dar kiri) beramah-mesra dengan penduduk pada Majlis Sambutan Deepavali di Kampung Bestari Jaya pada Ahad.
Nurul Syazwani (dua dar kiri) beramah-mesra dengan penduduk pada Majlis Sambutan Deepavali di Kampung Bestari Jaya pada Ahad.

Nurul Syazwani menjelaskan, keperluan pengangkutan itu amat mendesak bagi mengelakkan lebih ramai pelajar tercicir pada masa depan.

"Saya berharap kerajaan Selangor memberi perhatian terhadap permasalahan ini dengan menyediakan pengangkutan awam yang dapat mengambil dan menghantar pelajar dikenal pasti mengalami masalah pengangkutan untuk ke sekolah," tambahnya.