Citarasa Iftar Dorsett Grand Subang kembali dengan menu ikonik gearbox

Shabani memaklumkan, gearbox merupakan menu utama yang sentiasa dinantikan setiap kali Ramadan.
Shabani memaklumkan, gearbox merupakan menu utama yang sentiasa dinantikan setiap kali Ramadan.
A
A
A

SUBANG JAYA – Bufet Ramadan 2026 di Dorsett Grand Subang kembali mencuri tumpuan apabila mengetengahkan konsep Citarasa Iftar yang menggabungkan sajian tradisional dan kontemporari, dengan hidangan ikonik gearbox sebagai tarikan utama, bermula 21 Februari hingga 18 Mac 2026.

Chef Banquet Dorsett Grand Subang, Chef Shabani Md Akhir berkata, kelainan bufet Ramadan tahun ini ialah penekanan terhadap menu berinspirasikan cita rasa ASEAN, di samping mengekalkan hidangan tradisi yang telah menjadi kegemaran pelanggan setia hotel berkenaan sejak sekian lama.

“Untuk tahun ini, kami mengetengahkan menu berinspirasikan ASEAN seperti ikan kukus, ikan goreng berlada dan masak lemak cili api, selain mengekalkan gearbox sebagai menu utama yang sentiasa dinantikan setiap kali Ramadan,” katanya ketika ditemui pada sesi pratonton Bufet Ramadan 2026 di sini.

Menurut beliau, hidangan gearbox yang disajikan mempunyai nilai nostalgia tersendiri apabila diinspirasikan daripada juadah popular di pasar malam Batu Road pada era 1980-an, yang kini dikenali sebagai Jalan Tengku Abdul Rahman.

“Gearbox ini menggunakan tulang lembu yang direbus perlahan selama lebih lapan jam bagi menghasilkan kuah yang pekat, kaya dengan rasa serta sumsum yang lembut. Hidangan ini telah menjadi hidangan istimewa Dorsett Grand Subang selama lebih 10 tahun dan sentiasa menjadi pilihan utama tetamu,” jelasnya.

Sebanyak 13 jenis hidangan utama disediakan merangkumi nasi, mi goreng, sotong, ayam, kambing, udang, sayur-sayuran dan ubi kentang, selain sekurang-kurangnya tiga jenis sup termasuk sup Melayu, Barat dan Cina.
Sebanyak 13 jenis hidangan utama disediakan merangkumi nasi, mi goreng, sotong, ayam, kambing, udang, sayur-sayuran dan ubi kentang, selain sekurang-kurangnya tiga jenis sup termasuk sup Melayu, Barat dan Cina.

Selain gearbox, bufet Citarasa Iftar turut menyajikan pelbagai hidangan istimewa lain termasuk ikan keli goreng berlada, daging salai masak lemak, udang galah masak lemak belimbing buluh, daging dendeng serta nasi Arab bersama kambing panggang.

Bagi melengkapkan kepelbagaian sajian, Chef Shabani berkata, menu India seperti ayam tandoori bersama roti naan turut disediakan, selain apam balik sebagai pencuci mulut tradisional.

Artikel Berkaitan:

Di ruangan pembuka selera pula, pelbagai hidangan tradisional disediakan termasuk ikan masin goreng, aneka keropok, ulam-ulaman bersama sambal belacan, selain kelainan baharu iaitu tiram gratin dengan tiga pilihan sos iaitu keju, lada hitam dan sos kacang.

“Oyster merupakan makanan yang berisiko jika dimakan mentah, justeru kami menyediakannya secara panas melalui kaedah gratin bagi memastikan keselamatan serta kualiti hidangan,” katanya.

Oyster merupakan makanan yang berisiko jika dimakan mentah, justeru kami menyediakannya secara panas melalui kaedah gratin bagi memastikan keselamatan serta kualiti hidangan.
Oyster merupakan makanan yang berisiko jika dimakan mentah, justeru kami menyediakannya secara panas melalui kaedah gratin bagi memastikan keselamatan serta kualiti hidangan.

Tambah beliau, sebanyak 13 jenis hidangan utama disediakan merangkumi nasi, mi goreng, sotong, ayam, kambing, udang, sayur-sayuran dan ubi kentang, selain sekurang-kurangnya tiga jenis sup termasuk sup Melayu, Barat dan Cina.

Katanya, Bufet Citarasa Iftar di Dorsett Grand Subang sesuai untuk warga Lembah Klang yang menginginkan pengalaman berbuka puasa dengan sajian klasik, suasana santai serta sentuhan nostalgia Ramadan.

Ringkasan AI

  • Bufet Ramadan 2026 di Dorsett Grand Subang menampilkan konsep Citarasa Iftar yang menggabungkan sajian tradisional dan kontemporari
  • Mengetengahkan menu berinspirasikan ASEAN dan kekal dengan hidangan ikonik gearbox
  • Hidangan gearbox mempunyai nilai nostalgia terinspirasi dari pasar malam Batu Road era 1980-an
  • Bufet menawarkan hidangan istimewa lain seperti ikan keli goreng berlada dan nasi Arab bersama kambing panggang
  • Bufet ini sesuai untuk mereka yang mencari pengalaman berbuka puasa dengan suasana santai serta sentuhan nostalgia Ramadan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!