SKMM terima lapan aduan jual ketum di media sosial

Pada Jumaat, Sinar Harian menerusi laporan eksklusif mendedahkan aktiviti mempromosi dan penjualan ketum yang menggunakan platform media sosial di Facebook.
Pada Jumaat, Sinar Harian menerusi laporan eksklusif mendedahkan aktiviti mempromosi dan penjualan ketum yang menggunakan platform media sosial di Facebook.
A
A
A

SHAH ALAM - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerima lapan aduan berhubung kandungan melibatkan ketum di platform media sosial sejak tahun 2021.

Komunikasi Korporat SKMM berkata, penjualan atau promosi daun ketum adalah satu kesalahan di bawah Akta Racun 1952 dan terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"SKMM sentiasa bersedia membantu KKM dalam menyediakan bantuan teknikal mengikut keperluan.

"Berdasarkan rekod aduan rasmi yang diterima oleh pihak SKMM, terdapat lapan aduan berhubung kandungan yang melibatkan ketum di platform media sosial sejak 2021 hingga kini," katanya dalam kenyataan kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Tambah kenyataan itu, SKMM telah memajukan kandungan tersebut kepada pihak KKM bagi siasatan lanjut.

Ujarnya, SKMM turut membantu menghantar notis penurunan kandungan kepada platform berdasarkan permohonan rasmi dari pihak KKM.

Pada Jumaat, Sinar Harian menerusi laporan eksklusif mendedahkan aktiviti mempromosi dan penjualan ketum yang menggunakan platform media sosial di Facebook.

Menerusi pendedahan itu, ada individu yang secara terbuka menawarkan penjualan air, daun serta serbuk ketum dengan harga tertentu berdasarkan berat di satu laman 'grup' khas.

Artikel Berkaitan:

Mereka yang berminat diminta untuk menghubungi penjual terbabit di aplikasi media sosial untuk membuat tempahan selain menawarkan khidmat penghantaran 'COD' ke lokasi tertentu.

Lebih mengejutkan, ada penjual yang menggunakan beg e-hailing untuk penghantaran air ketum dipercayai bagi mengaburi pihak berkuasa.