Polis siasat dakwaan gangguan seksual babit pemandu e-hailing

 Polis sedang mengesan seorang pemandu e-hailing yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap penumpang wanita. Foto hiasan
Polis sedang mengesan seorang pemandu e-hailing yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap penumpang wanita. Foto hiasan
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis sedang mengesan seorang pemandu e-hailing yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap penumpang wanita susulan penularan sebuah video di media sosial.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan polis berhubung kejadian berkenaan.

Menurutnya, polis mengesan satu video tular di media sosial yang memaparkan kejadian dipercayai gangguan seksual terhadap seorang wanita di dalam sebuah kenderaan dipandu lelaki berkenaan.

“Bagaimanapun, hasil semakan mendapati tiada laporan polis diterima setakat ini. Oleh itu, polis sedang mengenal pasti individu terlibat, saksi kejadian serta punca sebenar insiden tersebut,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak terus menyebarkan video berkenaan bagi mengelakkan salah faham, spekulasi serta gangguan terhadap keharmonian masyarakat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan di talian 07-218 2323 bagi membantu siasatan.

Terdahulu, video berkenaan yang dipercayai dirakam oleh penumpang wanita terbabit tular di media sosial dan mencetuskan kemarahan orang ramai terhadap tindakan tidak bermoral pemandu tersebut.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Polis sedang mengesan seorang pemandu e-hailing kerana melakukan gangguan seksual
  • Setakat ini tiada laporan polis diterima berkenaan insiden itu
  • Video kejadian tular di media sosial menjadi bahan bukti
  • Polis mengenal pasti individu terlibat dan punca kejadian
  • Orang ramai dinasihatkan tidak menyebarkan video untuk elak salah faham

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!