Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar

KUALA LUMPUR - Satu kebakaran berlaku di kawasan hutan dianggarkan seluas 0.8 hektar di puncak bukit berhampiran sebuah apartmen di Taman Tun Abdul Razak di sini malam ini.
Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hamdan Hamzah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.47 malam tadi.
Beliau berkata, empat anggota dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang digerakkan ke lokasi kejadian.
"Kebakaran membabitkan kawasan hutan di puncak bukit dan anggota bersedia di lokasi kejadian kerana tiada laluan masuk ke tempat kebakaran,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Hamdan berkata, setakat ini keadaan terkawal dan api tidak merebak ke kawasan berhampiran.
Ringkasan AI
- Kebakaran berlaku di kawasan hutan di puncak bukit berhampiran apartmen di Taman Tun Abdul Razak
- Panggilan kecemasan diterima oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia pada 8.47 malam
- Empat anggota dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang dihantar ke lokasi
- Kawasan kebakaran sukar diakses tanpa laluan masuk yang jelas
- Api berada dalam keadaan terkawal dan tidak merebak ke kawasan berhampiran
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
