'Nak bersihkan najis tak boleh duduk dalam tong najis' - Abdul Hadi

Abdul Hadi berucap pada Muktamar Pas Tahunan ke-69 di IDCC pada Jumaat. - Foto Sinar Harian / MOHD HALIM ABDUL WAHID.
Abdul Hadi berucap pada Muktamar Pas Tahunan ke-69 di IDCC pada Jumaat. - Foto Sinar Harian / MOHD HALIM ABDUL WAHID.
A
A
A

SHAH ALAM - Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dengan nada sinis menyifatkan, Pas tidak mampu membersihkan Kerajaan Perpaduan yang sudah sedia tercemar.

Reaksi tersebut merujuk kepada kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bahawa UMNO akan kembali 'dibersihkan' jika Pas menyertai Kerajaan Perpaduan.

"Kamu boleh lihat kerajaan Pakatan Harapan (PH) siapa dalamnya. Cuci macam mana?

"Bekas banduan ada, kluster mahkamah (kes rasuah) pun ada, macam mana kami nak ikut (sertai)?

"Kalau nak bersihkan najis, tak boleh masuk dalam tong najis...kita duduk di luar," katanya pada Sidang Akhbar selepas Majlis Perasmian Muktamar Tahunan Pas kali ke-69 di Ideal Convention Centre (IDCC), di sini, pada Jumaat.

Pada Jumaat, Asyraf menyenaraikan tujuh ‘kebaikan’ jika seterunya, Pas menyertai Kerajaan Perpaduan termasuk DAP dan parti itu akan disucikan daripada fatwa serta label negatif seperti dilemparkan sebelum ini.

Katanya, tiada lagi isu Islam dan Melayu terancam seperti yang sering dilaungkan Pas di dalam pelbagai media dan pentas ceramah.

DAP juga akan ‘disucikan’ dengan fatwa-fatwa baharu sebagaimana ketika Pas bersama dalam gabungan untuk hadapi PRU (Pilihan Raya Umum) 1999, 2004 dan 2008.

Artikel Berkaitan:

Menurut Asyraf lagi, UMNO akan kembali dibersihkan dan tiada lagi kata nista, label-label seperti ‘sesat’, ‘kafir’, ‘ahli neraka’, ‘munafik’ dan pelbagai lagi gelaran yang dikaitkan dengan binatang apabila sudah kembali menjadi rakan sebagaimana pengalaman 22 bulan dalam kerjasama Muafakat Nasional dan Penyatuan Ummah.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!