PRU15 pencapaian tertinggi Pas - Abdul Hadi

Abdul Hadi (dua dari kanan) ketika Muktamar Tahunan Pas kali ke-69 di IDCC di Kuala Lumpur, pada Jumaat.
Abdul Hadi (dua dari kanan) ketika Muktamar Tahunan Pas kali ke-69 di IDCC di Kuala Lumpur, pada Jumaat.
A
A
A
SHAH ALAM - Kerusi Parlimen Pas bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 meningkat sebanyak 140 peratus berbanding PRU14, sekali gus mencatatkan bilangan tertinggi dalam sejarah 71 tahun penubuhan Pas.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, sejumlah 18 kerusi diperoleh dalam PRU14, manakala sebanyak 43 kerusi Parlimen dimenangi dalam PRU15 melalui kerjasamanya dalam gabungan Perikatan Nasional (PN).

Menurutnya, pencapaian tersebut berbeza dengan kerusi diperoleh parti Kerajaan Perpaduan apabila berlaku penurunan berbanding PRU14.

"Dalam pilihan raya di enam buah negeri, Pas mencapai tahap kemenangan 83 peratus dengan mendapat kerusi DUN (Dewan Undangan Negeri) tertinggi sebanyak 105 kerusi berbanding parti-parti lain.



“Manakala kerusi yang dimenangi keseluruhan oleh PN lebih tinggi berbanding PH-BN iaitu PN menang sebanyak 146 kerusi dan PH-BN hanya mendapat 99 kerusi. Alhamdulillah,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Muktamar Tahunan Pas kali ke-69 di IDCC di sini, pada Jumaat.

Bagaimanapun tambah Abdul Hadi, Pas menyedari kelemahan parti itu dalam menarik sokongan pengundi bukan Islam dan bilangan kerusi yang tidak mencukupi untuk membentuk kerajaan meskipun berlaku peningkatan mendadak kemenangan kerusi.
Artikel Berkaitan:


Katanya, hasil post-mortem yang dilaksanakan pas juga mengenal pasti aspek positif yang perlu dikekalkan dan ditingkatkan.

"Aspek positif adalah mengekalkan sokongan pengundi muda, kekuatan media sosial, prestasi kerajaan negeri, imej bersih dan bebas rasuah, penambahan ahli dan cawangan, kesediaan jentera dan kualiti calon.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada para pengundi dan dermawan yang memberikan kepercayaan kepada Pas dan PN,” katanya.