Tun M hadir Muktamar Pas buat julung kali

Buat julung kalinya dalam tempoh hampir tujuh dekad, Dr Mahathir membuat kemunculan di Muktamar Tahunan Pas ke- 69 di Ideal Convention Centre (IDCC) pada Jumaat. - Foto Sinar Harian / MOHD HALIM ABDUL WAHID.

A
A
A

SHAH ALAM - Buat julung kalinya dalam tempoh hampir tujuh dekad, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membuat kemunculan di Muktamar Tahunan Pas ke- 69 di Ideal Convention Centre (IDCC), di sini pada Jumaat.

Beliau hadir sebagai tetamu kenamaan dan ditempatkan atas pentas muktamar bagi mengikuti majlis perasmian yang turut dihadiri Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin serta pemimpin gabungan itu.

Ketibaan Dr Mahathir kira-kira jam 10 pagi diumumkan oleh Pengarah Muktamar yang juga Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang sedang berucap sambil disambut laungan takbir oleh hampir 14,000 perwakilan.

Sementara itu, ketika Sidang Akhbar, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengakui kehadiran Dr Mahathir membuktikan ahli-ahli Pas telah menerima negarawan itu sepenuhnya dan melupakan isu-isu yang lepas.

Katanya, perubahan boleh berlaku kepada manusia dan juga dalam politik.

Abdul Hadi mengakui kehadiran Dr Mahathir membuktikan ahli-ahli Pas telah menerima negarawan itu sepenuhnya dan melupakan isu-isu yang lepas. - Foto Sinar Harian / MOHD HALIM ABDUL WAHID.
Abdul Hadi mengakui kehadiran Dr Mahathir membuktikan ahli-ahli Pas telah menerima negarawan itu sepenuhnya dan melupakan isu-isu yang lepas. - Foto Sinar Harian / MOHD HALIM ABDUL WAHID.

"Ya, kita melihat bahawa manusia berubah, politik juga berubah. Kita diajar dalam Islam jangan kasih kepada orang secara melampau, kasih tu akan menyebabkan sesuatu menyebabkan kita akan benci kepada dia.

"Jangan benci kepada orang secara melampau. Mungkin yang kita benci tu akan tolong kita.

Artikel Berkaitan:

"Itu pepatah yang amat bermakna yang kita kena faham. Ini perubahan yang berlaku dalam dunia," katanya.

Dr Mahathir sebelum ini pernah muncul di pentas Pas pada Julai lalu ketika ceramah parti itu pada kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan.

Beliau juga menyokong PN ketika PRK DUN Pelangai dengan menghadiri Ceramah Grand Finale pada kemuncak kempen berlangsung.