[VIDEO] Hamzah kekal Ketua Pembangkang, tiada pemakluman rasmi kepada Speaker

A
A
A

KUALA LUMPUR - Pembangkang tidak berhasrat untuk mengemukakan sebarang pemakluman rasmi kepada Speaker Dewan Rakyat berhubung jawatan Ketua Pembangkang ketika ini.

Justeru Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan menjelaskan, Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin masih kekal sebagai Ketua Pembangkang.

"Saya baru jumpa dengan Speaker (Tan Sri Johari Abdul) pukul 11 pagi tadi, selepas berbincang dan saya rujuk kepada kenyataan beliau sebelum ini mengenai Hamzah masih Ketua Pembangkang, kami bersetuju.

"Jadi setakat ini kedudukannya begitu. Tiada apa-apa notifikasi daripada Pembangkang mengenai kedudukan Ketua Pembangkang," katanya ketika sidang media di Parlimen pada Khamis.

Sebelum ini Takiyuddin dilapor memaklumkan, Pas akan mengambil alih jawatan sebagai ketua pembangkang Dewan Rakyat yang mana nama Ahli Parlimen berkenaan akan dimaklumkan kemudian.

Takiyuddin (tengah) ketika sidang media di bangunan Parlimen pada Khamis
Takiyuddin (tengah) ketika sidang media di bangunan Parlimen pada Khamis

Beliau berkata, perkara berhubung jawatan ketua pembangkang baharu itu dipersetujui parti komponen PN dalam Mesyuarat Luar Biasa Majlis Tertinggi PN.

Isu ketua pembangkang berbangkit susulan krisis dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang menyaksikan Hamzah, yang juga bekas Timbalan Presiden dipecat keahliannya dari parti itu.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu Takiyuddin menjelaskan, tiada sebarang perubahan melibatkan kerusi atau jawatan berkenaan buat masa ini.

"Masih berbaki dua hari untuk bersidang (Dewan Rakyat), jadi kita tidak fikir untuk membuat sebarang perubahan setakat ini.

"Masanya begitu singkat, jadi kita bincang bila jangka masa panjang," ujarnya.

Ringkasan AI

  • Pembangkang tidak berhasrat untuk mengemukakan pemakluman rasmi kepada Speaker Dewan Rakyat tentang jawatan Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin masih kekal sebagai Ketua Pembangkang Tiada notifikasi dari Pembangkang mengenai perubahan jawatan Ketua Pembangkang Isu ketua pembangkang timbul akibat krisis dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang menyaksikan Hamzah dipecat Tiada sebarang perubahan melibatkan kerusi atau jawatan Ketua Pembangkang buat masa ini

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!