Pas teruskan agenda penyatuan ummah termasuk bukan Islam - Abdul Hadi

Abdul Hadi berucap sebelum merasmikan Muktamar Pas Tahunan ke-69 di IDCC pada Jumaat. - Foto Sinar Harian / MOHD HALIM ABDUL WAHID.
Abdul Hadi berucap sebelum merasmikan Muktamar Pas Tahunan ke-69 di IDCC pada Jumaat. - Foto Sinar Harian / MOHD HALIM ABDUL WAHID.
A
A
A

SHAH ALAM - Pas akan meneruskan agenda penyatuan ummah untuk menyatukan umat Islam dan bersama orang bukan Islam yang tidak ekstrem, demi kestabilan dan keharmonian negara.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, Pas berusaha menyantuni pelbagai kaum dan tidak pernah mengetepikan slogan ' Islam Untuk Semua'.

Menurutnya, Pas bersama Perikatan Nasional (PN) berpegang teguh dengan imej bersih dan mesti dilihat bersih, wibawa dan inklusif.

"PN yang menjadi pilihan rakyat mesti dilihat berbeza dengan PH-BN (Pakatan Harapan-Barisan Nasional) yang cakap tidak serupa bikin.

"Pada masa sama, kerjasama Pas dalam gabungan PN akan terus diperkasakan.

Antara barisan pimpinan tertinggi Perikatan Nasional dan Pas yang hadir di Muktamar Pas Tahunan ke-69. - Foto Sinar Harian / MOHD HALIM ABDUL WAHID.
Antara barisan pimpinan tertinggi Perikatan Nasional dan Pas yang hadir di Muktamar Pas Tahunan ke-69. - Foto Sinar Harian / MOHD HALIM ABDUL WAHID.

"Tumpuan perlu diberikan pada aspek pengukuhan organisasi dan keserasian jentera di peringkat negeri dan kawasan, khususnya rakan-rakan dalam PN perlu menumpukan kepada penambahan ahli yang ramai dan cawangan yang banyak," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Muktamar Tahunan Pas kali ke-69 di IDCC di sini, pada Jumaat.

Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata, Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) bertanggungjawab menarik sokongan undi bukan Islam dan memberikan penerangan tentang jaminan keadilan dan keharmonian dalam pemerintahan kerajaan PN.

Artikel Berkaitan:

"Di samping itu, program tarbiah, kerohanian, kepimpinan dan kemasyarakatan secara bersama dilaksanakan bagi mengukuhkan lagi ikatan kerjasama yang sedia terjalin ini. Semoga abadi, Insya-ALLAH," katanya.