Teroka ilmu, jangan hanya persoal halal, haram - Mohd Amar

Mohd Amar
Mohd Amar
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Dewan Ulama Pas perlu mengkaji ilmu agar mampu menterjemahkan prinsip Islam secara realistik dan praktikal dalam usaha membantu pemerintahan kerajaan.



Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, skeptikal masyarakat yang masih melihat golongan ulama hanya membangkitkan isu halal dan haram juga mesti diperbetulkan.


“Sejak zaman silam golongan pemikiran ulama telah mendahului sebagaimana dapat dilihat perbahasan dalam kitab turath, misalnya membahas fiqh perkahwinan.



“Syarat (perkahwinan) diletakkan mesti lelaki dan perempuan dan ia berlaku antara dua jantina. Di zaman ini timbul isu perkahwinan sejenis oleh golongan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual danTransgender).



“Akan berlaku makna jauhnya hukum-hukum yang dipanggil 'istirodi' sudah dibincang dalam kitab. Tinggal apa yang ada hari ini ialah bagaimana menggali ilmu-ilmu yang ada dalam kitab dan melihat dalam konteks semasa. Dewan Ulamak inilah yang mesti memainkan peranan,” katanya ketika berucap merasmikan Muktamar Dewan Ulamak Pas pada Khamis.

Dalam pada itu ADUN Panchor itu berkata, ahli Dewan Ulamak perlu memahami isu yang dibincangkannya sekali gus mengemukakan alternatif Islam terhadap pelbagai masalah dalam masyarakat.



“Dewan Ulamak memainkan peranan memberi input akademik supaya kita boleh bergerak, walaupun pembangunan atau kerajaan yang ditadbir dengan dasar Islam. Itu yang paling penting.



“Seperti mana yang disebut, kita kena ada ilmu yang mantap dan jangan kita tahu sikit-sikit. Ini yang akan menjadikan Pas sentiasa relevan di mana sahaja, pada bila-bila masa,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: