Dewan Pemuda Pas tangguh jemput wakil kedutaan negara sokong Israel

Mesyuarat Khas Dewan Pemuda Pas Pusat memutuskan untuk menangguhkan jemputan bagi Muktamar sayap parti itu kepada wakil kedutaan negara yang mengisytiharkan sokongan terhadap Israel susulan konflik serangan di Palestin. Gambar kecil: Hanif
Mesyuarat Khas Dewan Pemuda Pas Pusat memutuskan untuk menangguhkan jemputan bagi Muktamar sayap parti itu kepada wakil kedutaan negara yang mengisytiharkan sokongan terhadap Israel susulan konflik serangan di Palestin. Gambar kecil: Hanif
A
A
A

SHAH ALAM - Mesyuarat Khas Dewan Pemuda Pas Pusat memutuskan untuk menangguhkan jemputan bagi Muktamar sayap parti itu kepada wakil kedutaan negara yang mengisytiharkan sokongan terhadap Israel susulan konflik serangan di Palestin.

Setiausahanya, Hanif Jamaluddin berkata, tindakan itu merupakan tanda solidariti kepada rakyat Gaza sekali gus sebagai isyarat kepada negara tersebut supaya berdiri atas dasar keadilan dan kemanusiaan.

“Kami mendesak agar mereka mula bersikap adil, rasional, dan tidak menjadi ‘bisu’ serta ‘pejamkan mata’ atas jenayah perang yang dilakukan secara terbuka oleh rejim Zionis berkenaan.

“Pemuda Pas akan selamanya berdiri teguh bersama rakyat Palestin atas dasar keimanan dan kemanusiaan. Semoga Allah memberkati nyawa saudara seagama kita yang ikhlas jiwa mempertahankan tanah air yang dijajah selama tujuh dekad,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.

Sebelum itu, Muktamar Tahunan Pas ke-69 dijadualkan berlangsung pada 20 hingga 22 Oktober ini di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam manakala Muktamar Dewan Ulama Pas Pusat, Dewan Pemuda Pas dan Dewan Muslimat Pas akan diadakan lebih awal iaitu pada 18 hingga 19 Oktober.

Tambah Hanif, pihaknya kesal kerana masih ada negara yang menyokong dan berdiri teguh di belakang rejim Zionis meskipun mengetahui kekejaman mereka terhadap rakyat Palestin.

“Ia seolah-olah meredai genosid (pembunuhan secara sengaja) dilakukan ke atas warga Gaza. Statistik kematian yang terus meningkat dengan kehancuran bangunan dan kediaman akibat pengeboman tentera Zionis.

“Ini membuktikan peperangan berkenaan bukanlah sekadar isu geopolitik dan agama semata-mata. Hakikatnya, ia adalah soal nilai kemanusiaan yang mesti dipertahankan oleh semua pihak,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: